saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 30/08/2011

Ada pihak cuba pesongkan fakta sejarah Dr Mahathir

30/08/2011 8:41pm

PUTRAJAYA 30 Ogos Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang dengan segelintir pihak yang cuba memesongkan fakta sejarah dengan memburuk-burukkan pemimpin yang telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

"Terdapat satu trend sekarang ini memburuk-burukkan imej pemimpin yang telah berusaha untuk berjuang demi kemerdekaan negara.

"Saya khuatir trend ini berjalan begitu lancar dan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada usaha memburukkan pemimpin lama mungkin kerana kaitan mereka dengan UMNO, katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan harus memberi penerangan yang jelas tentang perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dan tidak ada alasan yang mengatakan bahawa komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Komunis itu bukan berjuang untuk kemerdekaan, yang berjuang untuk kemerdekaan ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain yang betul-betul berjuang supaya kita bebas daripada cengkaman penjajah.

"Dan hari ini kita hidup bahagia kerana perjuangan mereka dan tidak harus sesiapa memburukkan pemimpin lama kerana mereka yang memberikan nikmat kepada kita, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.