saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/09/2011

Muhyiddin: Pemergian Hassan Ahmad dirasai pejuang bahasa

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian Datuk Hassan Ahmad sebagai kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli keluarga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu tetapi juga kepada seluruh pejuang bahasa Melayu di dunia.

"Kami berharap anggota keluarga Datuk Hassan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang.

"Doa kami semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman juga mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh berkenaan.

Hassan, 74, yang meninggal dunia selepas mengadu sakit perut pada pukul 2 petang semalam di kediamannya di Petaling Jaya di sini, meninggalkan balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, serta dua anak perempuan Aida dan Hasmirawati.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tokoh itu telah banyak menabur budi dalam memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa sejak mula berkhidmat dengan DBP pada tahun 1963.

Katanya, selama 25 tahun di DBP, Allahyarham telah mengangkat serta mempertingkatkan mutu bahasa Melayu sekali gus menjadikan DBP antara pusat pengembangan bahasa Melayu yang disegani di serata dunia.

"Allahyarham yang merupakan anak Melayu pertama dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) Sains Sosial dari Leiden University, Belanda adalah seorang aktivis yang giat memperjuangkan serta mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu melalui peranannya sebagai pengerusi di dalam beberapa Majlis Bahasa Melayu yang melibatkan negara-negara di rantau Asia," katanya.

Muhyiddin berkata, ketokohan Allahyarham sebagai pejuang bahasa diiktiraf apabila dilantik menjadi Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke Unesco di Paris serta menjadi penerima Zamalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Seminar Sebutan Tentang Persefahaman Antarabangsa di New York.

Katanya, sepanjang hayat beliau, Hassan telah berkongsi ilmu dan pengalaman dengan rakyat dari pelbagai peringkat melalui penglibatannya sebagai Pensyarah Jemputan di Universiti Malaya, Professor Adjung di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia. - BERNAMA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.