saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 03/09/2011

Malaysia bakal jadi 'kuasa' ragbi Asia

JOHOR BAHRU - Kesatuan Rabgi Malaysia (KRM) yakin skuad ragbi negara bakal menjadi 'kuasa besar' dalam sukan itu di peringkat Asia tidak lama lagi, malah mempunyai peluang cerah layak menyertai acara tersebut yang kembali dipertandingkan dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil kelak.

Naib Presiden 1 KRM, Ibrahim Che Awang berkata, perkara ini sudah terbukti apabila pasukan ragbi junior bawah 20 tahun berjaya menewaskan Hong Kong pada peringkat akhir Cabaran Kesatuan Ragbi Asia 7's (ARFU 7's) dalam Johor Rugby Carnival 2011 di sini, bulan lepas.

"Terbaru enam orang daripada skuad muda ini diserap ke dalam pasukan kebangsaan untuk menyertai sirkit Asia di Shanghai, China bagi mengumpul mata kelayakan untuk Hong Kong 7's pada tahun depan.

"Langkah ini diambil sebagai pendedahan agar mereka bersedia untuk ke Olimpik dan setakat ini MSN (Majlis Sukan Negara) mula memberi perhatian kepada sukan ragbi dengan menaja tiket penerbangan ke Shanghai," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Kata Ibrahim, pasukan ragbi negara mempunyai prospek untuk menjadi kuasa ragbi Asia kerana berdasarkan pemerhatian, skuad junior yang dibentuk sudah banyak kali menewaskan pasukan-pasukan lain di rantau ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.