saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 03/09/2011

Pembunuh bersiri dihukum


ANTHONY Sowell dihukum mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh 11 wanita yang turut dirogol setelah diumpan dengan dadah dan alkohol.


PEMBUNUH bersiri, Anthony Sowell dijatuhi hukuman mati pada Ogos lalu, sebulan selepas disabitkan bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan kejam ke atas 11 wanita, selain membiarkan mayat mangsa mereput di kediamannya di Cleveland, Amerika Syarikat (AS).

Hukuman berat itu diputuskan oleh Hakim Dick Ambrose setelah menerima syor pihak juri yang membuat ketetapan bahawa Sowell, 51, perlu menjalani hukuman mati melalui suntikan maut.

‘‘Mahkamah selepas meneliti analisis bebas yang dikemukakan menerima keputusan pihak juri,’’ umum Hakim Ambrose selepas 45 minit menganalisis jenayah yang dilakukan oleh Sowell dan latar belakang lelaki terbabit.

Bekas anggota tentera laut itu disabitkan bersalah pada 22 Julai lalu atas 82 pertuduhan termasuk menculik, merogol, mencabul mayat manusia, menyamun dan cubaan membunuh.

Memetik laporan AFP, Sowell duduk dengan kedua-dua matanya dipejamkan tanpa menunjukkan sebarang emosi semasa hukuman mati tersebut dijatuhkan.

‘‘Kamu akan masuk ke neraka atas perbuatan yang kamu lakukan!’’ tegas Donnita Carmichael kepada lelaki kulit hitam itu yang didakwa membunuh ibunya, Tonia.

Tarikh 29 Oktober 2012 ditetapkan untuk Sowell diberikan suntikan maut tetapi ia tertakluk kepada rayuan yang akan dikemukakan.

Semasa perbicaraan berlangsung, pembelaan Sowell hanya bergantung kepada rekod baiknya semasa berkhidmat dalam pasukan tentera selain mendakwa kehidupan zaman kanak-kanaknya yang bermasalah, tanpa memanggil sebarang saksi.

Perogol dan pembunuh bersiri itu sendiri turut memohon maaf atas jenayah yang dilakukannya dalam kenyataan yang dibuat tanpa bersumpah.

‘‘Hanya satu yang ingin saya nyatakan iaitu saya mohon maaf. Saya tahu walaupun ia tidak memadai, tetapi saya benar-benar memohon maaf dari lubuk hati saya,’’ kata lelaki itu kepada pihak juri.

Bagaimanapun menurut laporan akhbar the Tribune, pihak juri tidak termakan dengan permohonan maaf tersebut selain memaklumkan kepada pemberita kenyataan sedemikian seolah-olah telah diberi tunjuk ajar dan dilatih.

Perbuatan kejam bekas anggota tentera laut itu terbongkar pada 29 Oktober 2009, sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menjelaskan mengapa jenayah tersebut gagal dikesan lebih awal.

Wanita-wanita yang menjadi mangsa Sowell kebanyakannya terdiri daripada golongan gelandangan, kaum kulit hitam dan mempunyai masalah alkohol atau dadah, dengan berita kehilangan mereka gagal dilaporkan oleh ahli keluarga mangsa dengan segera.

Pihak polis turut dikecam kerana tidak menghiraukan wanita-wanita yang datang memohon pertolongan sebelum itu, yang dikatakan mungkin boleh menyelamatkan enam daripada mangsa-mangsa berkenaan.

Dilaporkan bahawa dua wanita meminta bantuan pihak berkuasa selepas mereka dirogol oleh Sowell pada Disember 2008 dan April 2009 tetapi pihak polis mendapati wanita-wanita itu bukanlah saksi yang boleh dipercayai dan menolak untuk mengenakan tuduhan terhadap lelaki tersebut.

Pada September 2009, wanita ketiga membuat laporan polis dengan memberitahu Sowell telah memujuknya datang ke rumah lelaki itu sebelum merogol dan menjerut lehernya dengan tali tetapi mujurlah mangsa dilepaskan selepas dia sedar semula.

Sebulan selepas itu, barulah pihak polis pergi ke kediaman Sowell dengan waran tangkap iaitu langkah yang membawa kepada penemuan mayat-mayat di rumah berwarna kuning itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.