saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/09/2011

Terkejut imej ganjil dirakam telefon bimbit


IMEJ ganjil dalam telefon bimbit Anuar Safie iaitu seorang wanita bertudung di sebelahnya di Jeti JTLM Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin, kelmarin.


ROMPIN 4 Sept. - Seorang Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di sini, tidak menyangka gambar yang diambil oleh rakannya ketika berada di Jeti JTLM Kampung Tekek, Pulau Tioman kelmarin, turut mempunyai imej yang pelik.

Anuar Safie, 38, berkata, imej menyerupai seorang wanita itu dirakamkan pada pukul 8 malam kelmarin oleh salah seorang rakannya sebelum mereka keluar menjalankan operasi penguatkuasaan di jeti berkenaan.

Menurutnya, semasa berdiri di sebelah tiang jeti, dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga itu sebelum rakannya memberitahu terdapat imej mencurigakan di belakang sebelah kanan wajahnya apabila merakamkan gambar dengan menggunakan telefon bimbitnya.

"Sebaik sahaja sampai di jeti itu, rakan saya terus meminta telefon bimbit dan mahu merakamkan gambar saya. Namun saya terkejut apabila mendapati imej mencurigakan berdiri di belakang gambar saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya, selepas imej berpakaian putih itu dirakamkan, dia dan rakannya terus terdiam seketika sebelum menceritakan pengalaman yang dilaluinya kepada rakan-rakan lain pada keesokannya.

Anuar yang sudah berkhidmat lebih lapan tahun dalam agensi itu mengakui telah beberapa kali menemui lembaga tersebut di depan matanya.

"Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah SWT, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya sehingga boleh menjejaskan akidah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.