saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/09/2011

Mapim cadang dana bantu anggota misi kemanusiaan

06/09/2011 12:33pm

IPOH 6 Sept. - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan agar rakyat Malaysia menubuhkan dana khas untuk membantu ahli keluarga setiap anggota kumpulan misi bantuan negara yang mengalami kemalangan, kecederaan atau kematian ketika menjalankan tugas di negara yang bergolak.

Pengarah Eksekutif Mapim, Zulkifly Ibrahim berkata, syarikat insurans yang sanggup memberi perlindungan mungkin mengenakan bayaran premium terlalu tinggi.

“Mapim mencadangkan agar rakyat negara ini bekerjasama tanpa mengira kaum dan agama memberikan sumbangan ikhlas sekurang-kurangnya RM1 setahun,” katanya di sini hari ini.

Zulkifly berkata, tragedi yang berlaku ke atas jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor di Somalia Jumaat lepas sangat menyayat hati tetapi misi bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap negara-negara yang memerlukan bantuan harus diteruskan berlandaskan tanggungjawab keagamaan dan kemanusiaan.

Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.