saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 07/09/2011

Khalid ke Mahkamah Syariah?

SHAH ALAM 6 Sept. – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau, bulan lalu.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi ini untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

“Memang saya hadir untuk berikan keterangan kepada JAIS pagi ini kerana didakwa memberi ceramah agama tanpa tauliah dan saya difahamkan sebutan kes akan didengar di Mahkamah Syariah Klang, 24 November ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor mendakwa kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman ketika dihubungi menyatakan Ahli Parlimen itu dipanggil oleh Bahagian Penguat Kuasa JAIS hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini JAIS tidak menetapkan sebarang tarikh untuk perbicaraan Khalid di mahkamah memandangkan siasatan atas dakwaan itu masih lagi berjalan dan sedang dalam proses untuk disiapkan.

“JAIS menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen (Khalid) itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah. JAIS memanggil beliau pada pagi ini untuk memberi keterangan,” katanya.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu difahamkan, tauliah mengajar yang diterima oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Othman pada tahun lalu tidak disambung oleh JAIS setelah tamat tempohnya bulan lalu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.