saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 07/09/2011

Seni kontemporari gamit pelancong mewah


Latiff Tamby Chik (kiri) menyampaikan cenderamata kepada seorang pelukis sambil diperhati oleh Jeffrey Munir (tengah) selepas perasmian pameran Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 6 Sept. - Seni kontemporari merangkumi karya lukisan akan menjadi produk pelancongan baru jika ia dapat dipromosi lebih meluas bagi menarik ramai pelancong berpendapatan tinggi datang ke negeri ini.

Pengarah Tourism negeri, Jeffrey Munir berkata, pelancong berpendapatan tinggi sangat berminat terhadap seni kontemporari kerana ia merupakan produk pelancongan unik yang begitu digemari golongan tersebut bukan sahaja di dalam negeri tetapi di luar negara.

Sehubungan itu, menurutnya, pameran Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) yang sedang berlangsung di Galeri Seni Rakyat di sini mampu menjadi produk untuk menarik lebih ramai pelancong.

Beliau berkata, senario perkembangan seni kontemporari di negara ini semakin mendapat tempat di kalangan pelancong dan jika dipromosikan dengan lebih meluas ia mampu menjadikan Melaka tumpuan penggiat karya seni itu.

"Penganjuran 1MCAT bukan sahaja menjadikan ia produk pelancongan unik tetapi lebih penting ia dapat menggalakkan perkembangan bakat artis seni tempatan dan luar negara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Latiff Thamby Chik baru-baru ini.

Menurut Jeffrey, pameran 1MCAT yang berlangsung sejak 25 Ogos hingga 30 September mampu menggalakkan pelancong untuk tinggal lebih lama dan berbelanja lebih tinggi di sini.

"Ini sudah tentu akan membantu meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi melalui pendapatan pertukaran wang asing," katanya.

Beliau menambah, penganjuran pameran itu sebagai langkah pertama untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi penggiat seni kontemporari memaparkan hasil seni penggiat kontemporari tempatan.

Jeffrey berkata, pada pameran yang sedang berlangsung di sini ramai antara penggiat seni kontemporari yang turut mempamerkan karya lukisan mereka ialah Yusuf Ghani, Raduan Man, Fauzul Yusri, Gan Chin Lee, Chin Kong Yee, Ivan Lam, Bayu Utomo, Adrian Ho dan ramai lagi.

Beliau menambah, penggiat seni dari luar negara yang mengambil bahagian ialah Timothy Parry dari United Kingdom, Nora Pruyser (Belanda), Charles Chauderiot (Perancis) dan Amir Estandyar Etezadi Behzadi (Iran).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.