saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 09/09/2011

Mat Sabu perlu minta maaf

SHAH ALAM 8 Sept. - Suara bantahan terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa gerombolan penyerang Balai Polis Bukit Kepong dalam peristiwa berdarah pada 1950 adalah hero sebenar dan pejuang kemerdekaan semakin memuncak.

Bekas pesara polis berjawatan tinggi hari ini mula membuka mulut selepas memantau perkembangan sejak tercetusnya isu pada penghujung Ramadan lalu yang menyaksikan Mohamad Sabu dan Pas terus mempertahankan kenyataan beliau.

Kenyataan itu mengguris hati sekurang-kurangnya tiga juta suara yang mewakili bekas anggota keselamatan, orang awam dan sanak-saudara mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis.

Pengerusi Yayasan Aman Malaysia, Tan Sri Samsuri Arshad yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara menegaskan, pihaknya mahu Mohamad Sabu meminta maaf atas kenyataannya itu dan jangan lagi berdolak-dalik.

"Kami menuntut Mohamad Sabu atau Mat Sabu meminta maaf kepada semua keluarga polis yang mati dalam serangan Bukit Kepong dan pergi (menziarahi) pusara anggota polis dan keluarga mereka yang meninggal dunia dan menghadiahkan Al-Fatihah sebagai bukti Mat Sabu menyesal dengan ucapan beliau itu.

"Kami ingin menyatakan bahawa sebagai pesara polis kami sudah bosan, meluat dan marah dengan pembohongan dan manipulasi serta putar-belit seorang pemimpin Pas iaitu Mat Sabu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Aman Malaysia; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari; bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Zulkifli Abdul Rahman dan bekas Ketua Polis Balai Daerah Pagoh, Datuk JJ Raj.

Menurut Samsuri, pada pandangan pesara polis dan daripada pengalaman mereka dulu, Mat Sabu ialah rebel rouser iaitu seorang yang cenderung membakar dan menghasut rakyat ke arah pemberontakan atau revolusi.

"Daripada pengakuannya dalam sidang akhbar, beliau mengakui amat meminati Ayatullah Khomeini yang diketahui sebagai pencetus revolusi di Iran. Kami akan bongkar lebih lanjut tentang personaliti Mat Sabu sebagai rebel rouser dalam satu sidang akhbar khusus kelak setelah mengumpul data dan fakta mengenai siapa Mat Sabu sebenarnya.

"Mat Sabu sejak kebelakangan ini semakin rancak melakukan penipuan dan putar-belit fakta. Untuk kepentingan politik, Mat Sabu sanggup berdusta malah memperlekehkan serta menghina perjuangan dan pengorbanan polis," katanya.

Tambah beliau, ucapan Mat Sabu sebagai rebel rouser bukan dilihat dari segi siapa Mat Indera iaitu lelaki Melayu yang turut serta dalam serangan ke atas anggota polis di Bukit Kepong dan juga bukan dari aspek membetulkan fakta sejarah sebaliknya itu semua hanya helah politik.

"Di belakang ucapan Mat Sabu adalah kenyataan berbentuk hasutan, hendak menyampaikan mesej bahawa komunis yang membunuh polis ialah hero. Dalam erti kata lain, Mat Sabu mahu menghasut rakyat bahawa untuk menjadi seorang hero (wira) adalah membunuh polis dengan cara besar-besaran. Itu soal pokok yang tersirat dalam fikiran Mat Sabu," katanya.

Justeru, beliau mahu siasatan dibuat terhadap Pas untuk mengetahui sejauh mana ideologi dan pengaruh komunis menyusup masuk ke dalam parti itu menerusi Mat Sabu.

"Setakat ini Pas tidak membuat kenyataan mengutuk Mat Sabu mahupun mengutuk komunis. Maka kami ingin bertanya adakah idealisme negara berkebajikan Pas sebenarnya adalah sistem negara sosialis berteraskan komunisme," soalnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.