saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 09/09/2011

Majalah WW dilancar pertengahan September


RAHMAHJAN Sulaiman Khan (kiri) melayan tetamu pada majlis rumah terbukanya di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


KOTA KINABALU 8 Sept. - Selepas berjaya memperkenalkan produk fesyen wanita dengan jenama JKhan sehingga ke peringkat antarabangsa, Datin Rahmahjan Sulaiman Khan kini bergerak setapak lagi dalam dunia perniagaan dengan menerbitkan majalah fesyen.

Menurut Rahmahjan penerbitan majalah fesyen WW yang bermaksud Wanita Wawasan itu dibuat bagi menyediakan lebih banyak pilihan kepada pembaca khususnya kepada golongan wanita.

"Sebenarnya sudah lama saya merancang menerbitkan majalah ini tetapi belum mendapat ketua editor yang bagus sehinggalah saya mendapat Wirda Adnan.

"Buat permulaan majalah ini diterbitkan dalam Bahasa Malaysia tetapi pada Disember ini saya akan melancarkan dalam versi Bahasa Inggeris," katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Aidilfitrinya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, majalah berkenaan yang dijual dengan harga RM8 di Semenanjung dan RM11.90 di Sabah dan Sarawak akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan bulan ini di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu beliau berkata, selain dijual pada harga berpatutan dan menggunakan material berkualiti kelainan majalah itu adalah memaparkan pelbagai isu wanita, termasuk fesyen, isu semasa, kesihatan dan sebagainya.

Ditanya mengenai persaingan yang bakal dihadapi dengan pesaing lain beliau menaruh keyakinan majalah tersebut akan diterima pembaca.

Katanya, pengalaman Wirda yang pernah menjadi ketua editor sebuah majalah terkenal serta kelainan WW mampu menarik minat pembeli.

"Kami ada konsep tersendiri dan kami mempunyai susun atur berbeza dan banyak menulis tentang wanita termasuk isu semasa bukan hanya fesyen sahaja.

"Malah, cetakan pertama kami 30,000 naskhah juga mendapat respons yang bagus daripada pengguna dan banyak yang sudah dijual," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kini produk JKhan sudah berada di pasaran Amerika Syarikat, Paris dan juga di Dubai.

Katanya, beliau telah mendapat kelulusan untuk memasarkan produk tersebut di London.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.