saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/09/2011

Perodua sasar Myvi 1.5 baharu sumbang separuh jualan

09/09/2011 6:19pm

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka Myvi 1.5 yang baharu akan menyumbang kepada kira-kira separuh jualan bulanan daripada 8,000 unit model Myvi.

Myvi 1.5 yang baharu akan tersedia di kesemua 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara dari 15 September, kata Pengarah Urusan Datuk Aminar Rashid Salleh.

Dalam satu kenyataan hari ini, katanya, jika diambil kira kejayaan Myvi 1.3 sebelum ini, edisi baharu itu dikeluarkan berikutan permintaan dari pihak-pihak tertentu yang mahu mendapatkan Myvi yang mempunyai kapasiti enjin lebih besar.

"Myvi 1.5 baharu itu kini hanya dikeluarkan secara eksklusif bagi pasaran Malaysia dan disasarkan kepada eksekutif muda dan di bandar yang mahukan kereta yang sporty dan premium, katanya.

Tempahan bagi variasi premium dan sporty dibuka dari 12 September manakala harganya akan diumumkan pada hari pelancarannya.

Sejumlah empat variasi, yang termasuk variasi multimedia, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik tersedia dalam lima warna.

"Kesemua bilik pameran Perodua akan dibuka sehingga lewat malam bagi menampung pelawat yang ramai dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran itu, kata Aminar Rashid.

Mengenai Myvi 1.3 katanya, tempahan dan jualan kereta itu terus mencatatkan peningkatan yang baik sejak pelancaranya pada Jun tahun ini.

"Perodua telah menerima tempahan 34,000 unit dengan 18,000 telah diserahkan sehingga ini, katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.