saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 09/09/2011

Rumah bersejarah Agnes Keith


RUMAH yang pernah didiami oleh Agnes Keith di Sandakan masih utuh dan cantik.


SANDAKAN 8 Sept. – Rumah kayu Agnes Keith di Jalan Istana Sandakan merupakan salah satu daya tarikan pelancongan di bandar ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pemilik premis menggunakan nama Inggeris yang bertuah itu kerana diabadikan pada rumah tersebut mempunyai reka bentuk kolonial British.

Rumah yang turut dipanggil dengan nama Newlands itu pernah didiami oleh seorang penulis kelahiran Amerika Syarikat, Agnes Keith pada 1939 yang terkenal dengan buku Land Below The Wind atau Negeri Di bawah Bayu.

Karya mendiang itu telah memasyhurkan Sabah sehingga ke hari ini yang mana bukunya itu menceritakan secara jelas mengenai kehidupan masyarakat tempatan pribumi Sabah dan keindahan alam semulajadinya semasa pemerintahan British pada masa itu.

Selepas itu, Agnes menulis dua buku lagi yang bertajuk Three Came Home pada 1946 dan White Man Returns pada 1951.

Buku-buku itu ditulis di ruang bilik bacaan rumah tersebut yang terletak di atas bukit pusat bandar yang daripadanya boleh dilihat terus keindahan Teluk Sandakan dan Laut Sulu.

Penulis itu tiba di Sandakan pada 1934 mengikuti suaminya, Hanry George Keith yang bekerja sebagai Konservasi Hutan.

Suaminya itu telah menetap di Sandakan sejak 1925 iaitu sebelum berkahwin dengan Agnes Keith.

Selepas pasangan Keith dan anak-anak mereka meninggalkan Sabah pada 1952, rumah itu terus menjadi kediaman beberapa lagi konservasi hutan dengan yang terakhir ialah Tom Bayles pada 1968.


GAMBAR lama mendiang Agnes Keith (dua dari kanan) bersama mendiang Hanry George Keith (dua dari kiri) serta pekerjanya yang masih tersimpan di rumah berkenaan di Sandakan Sabah.


Ia telah melalui beberapa fasa pemuliharaan sebelum dikosongkan pada 1992.

Setelah ditinggalkan, ia mengalami kerosakan teruk, lalang dan semak-samun terus ‘bermaharajalela’, ditambah lagi dengan ‘tetamu tidak diundang’ seperti binatang bisa dan penagih dadah.

Melihat keadaannya yang semakin teruk, Muzium Sabah kemudiannya menyelamatkannya pada 2001 bagi mengelak rumah peninggalan sejarah menjadi seperti ‘baja tanah’.

Kerja-kerja membaik pulih dimulakan pada 6 April 2001 dan ia dibiayai oleh kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Manakala, Muzium Sabah adalah sebagai koordinator projek.

Semasa kerja-kerja dijalankan, pihak Muzium Sabah turut menjalankan kerja-kerja menggali dan mencari bahan-bahan arkeologi di tapak kawasan rumah tersebut.

Beberapa bahan arkeologi dijumpai di bahagian belakang rumah berkenaan. Akhirnya, kerja membaikpulih siap 16 April 2001.

Rumah itu kemudiannya diisi dengan perabot zaman kolonial bermula pada 14 Disember 2002 dan siap sepenuhnya pada 7 Mac 2003.

Ekoran itu, pihak Muzium Sabah telah mengadakan satu pameran mengenai Agnes Keith pada 29 Oktober tahun sama bagi menyempurnakan hiasan dalaman rumah tersebut.

Rumah yang dibaik pulih ini merupakan anugerah negeri Sabah kepada Agnes Keith yang dianggap sebagai duta kepada Sabah melalui bukunya, Land Below The Wind itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.