saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/09/2011

Kajian sejarah buktikan siapa hero sebenar

PUTRAJAYA 9 Sept. - Kajian sejarah oleh Majlis Profesor Negara (MPN) menolak dakwaan bahawa anggota polis dan pemimpin negara seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman di zaman pentadbiran British di Tanah Melayu sebagai ‘polis British’ atau ‘pegawai British’.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Datuk Dr. Zainal Kling berkata, meskipun British mengetuai seluruh pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu, namun Tanah Melayu bukan tanah jajahan British.

Menurutnya, Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya termasuk institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadikan semua pegawainya adalah pegawai Tanah Melayu dan bukannya pegawai British.

“Mereka diambil bekerja atau dibayar gaji untuk menyara hidup melalui hasil Persekutuan Tanah Melayu, bukannya (dari) Britain, maka untuk menuduh para anggota polis, pemimpin parti politik atau pegawai Melayu sebagai pegawai British adalah tidak masuk akal sama sekali.

“Oleh itu, apabila golongan kiri seperti komunis menentang anggota polis maka mereka menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu, meskipun ianya diketuai oleh Pesuruhjaya British,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi menjelaskan kedudukan sebenar penjajahan dan perjuangan di zaman sebelum merdeka 1957 di sini hari ini.

Kontroversi mengenai perjuangan di zaman sebelum merdeka 1957 timbul setelah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didakwa berkata, gerombolan pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah wira, manakala anggota polis yang terkorban adalah polis penjajah British.

Menurut Zainal, komunis menentang pentadbiran British bukan kerana mahu memerdekakan Tanah Melayu tetapi mereka bercita-cita untuk menubuhkan ‘Republik Komunis’ di negara ini.

“Perlu diingatkan bahawa penentangan komunis terhadap Jepun di Tanah Melayu bukan bertujuan untuk membebaskan Tanah Melayu tetapi kerana orang China ketika itu amat marah dan malu atas penaklukan Jepun ke atas China pada 1937 hingga 1945,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.