saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 10/09/2011

Balai Bukit Kepong jadi muzium


BALAI polis Kepong dan persekitarannya berubah wajah selepas kerajaan menjadikan bangunan balai berkenaan sebagai Muzium Kepong pada 2006.


KELEBIHAN nilai sejarah Bukit Kepong yang menjadi saksi kecekalan anggota keselamatan menentang pengganas komunis sewajarnya dimanfaatkan sebagai lokasi program motivasi yang dapat memupuk semangat patriotisme kepada masyarakat.

Dibina di kawasan balai yang musnah dalam serangan pengganas komunis pada 23 Februari 1950, Balai Bukit Kepong yang baru dibina setahun selepas peristiwa hitam itu.

Namun, balai berkenaan kemudian dijadikan Muzium Kepong pada 2006 dan merupakan lokasi yang paling sesuai untuk mengenang sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

Penyelia Muzium Kepong, Sarjan Hazizi Arshad berkata, pihaknya amat menggalakkan setiap lapisan masyarakat untuk menjadikan kawasan muzium berkenaan sebagai tapak kem motivasi yang dapat meningkatkan lagi nilai jati diri peserta.

"Bagi saya, dengan berada di tempat yang begitu bersejarah ini, semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, terutamanya pelajar akan lebih mudah untuk dipupuk dan dibangkitkan.

"Pihak muzium akan sentiasa memberi kerjasama yang diperlukan, malah kami turut membantu menyediakan maklumat dan logistik untuk menjayakan program yang diadakan," katanya kepada S2 di sini baru-baru ini.

Hazizi berkata, sejak muzium berkenaan mula dibuka 2006, pihaknya telah menerima kehadiran para pengunjung bukan sahaja dari negeri Johor, malah dari negeri lain.

"Bagaimanapun, saya berharap lebih banyak program seperti motivasi akan dapat dibuat di muzium ini kerana kita tidak mahu masyarakat melupakan sejarah yang pernah berlaku," katanya.

Muzium itu dilengkapi pelbagai barangan pameran, paparan maklumat dan bahan sejarah yang membantu memberi pemahaman kepada pelawat.

"Kehadiran rombongan pelawat terutamanya dari sekolah dan universiti amat menggalakkan dan ramai juga yang datang untuk membuat kajian sejarah.

"Selain itu, ramai juga keluarga yang mengambil kesempatan pada waktu cuti sekolah untuk membawa anak mereka melawat muzium ini," katanya.

Hazizi memberitahu, muzium berkenaan pernah terjejas dalam kejadian banjir besar awal 2007, namun segala kerosakan tersebut telah pun berjaya diperbaiki.

"Harapan saya untuk melihat muzium ini dapat menerima peruntukan sewajarnya dalam RMK-10 (Rancangan Malaysia Ke-10) agar ia dapat dinaik taraf untuk dijadikan Muzium Darurat Negeri Johor," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.