saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/09/2011

3 termasuk 2 pelajar terbunuh van dihempap pokok besar

11/09/2011 4:01pm

PADANG BESAR 11 Sept – Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.

Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma”ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.

Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri; Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang; dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.

Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.

Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.