saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 12/09/2011

OKU bukan penghalang ke menara gading


SAIFUDDIN Abdullah dan Rohana Yusof meninjau kemudahan asrama pelajar OKU di Kolej Kediaman Ketujuh, Universiti Malaya, baru-baru ini.


KECACATAN bukan penghalang bagi seseorang individu itu mencapai apa yang mereka impikan. Ibarat kata pepatah, di mana ada jalan di satu ada kemahuan. Jika rajin berusaha kejayaan bakal menjadi milik semua orang termasuk mereka yang bergelar golongan kurang upaya (OKU).

Malah golongan itu telah membuktikan kecemerlangan yang dicipta dalam akademik mahupun kokurikulum telah menyakinkan pelbagai pihak sehingga mereka berjaya menempah nama ke menara gading.

Usaha dan kejayaan mereka patut dicemburui, khususnya bagi insan yang dilahirkan dan membesar dalam keadaan sempurna.

Namun itulah realiti kehidupan apabila kekurangan diri menjadi pembakar semangat untuk memperolehi segulung ijazah.

Nama ilmuan cacat penglihatan tersohor negara, Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh menjadi idola untuk membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya dan mencapai kecemerlangan.

Sempena Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya (UM) Sesi 2011/2012 seramai enam belas pelajar OKU mendaftar sebagai pelajar baharu di Kolej Kediaman Ketujuh (Za'Ba), baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada siswa pelbagai jenis kecacatan seperti lumpuh fizikal dan buta, tetapi semua itu tidak mematahkan semangat mereka menjejaki kaki ke universiti.

Salah seorang pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Sastera yang cacat penglihatan, Amirah Fatinah Rozaidi berkata, dia bersyukur ke-hadrat ilahi kerana berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke UM.

Katanya, usaha yang dia lakukan selama ini berbaloi kerana itu adalah impiannya untuk membuktikan kepada ahli keluarga bahawa dirinya mampu untuk berdikari seperti insan normal yang lain walaupun dengan keadaan sebegini.

"Saya bersyukur kerana kolej di UM menyediakan kemudahan yang baik dan sempurna kepada kami insan OKU.

"Dengan kemudahan ini, saya akan terus berusaha untuk menempuhi hari-hari yang bakal mendatang, sokongan rakan-rakan dan ahli keluarga, Insya-Allah akan memudahkan urusan saya di sini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Minggu Haluan Siswa Siswa Universiti Malaya Sesi 2011/2012 peringkat Kolej Kediaman Ketujuh itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Profesor Datuk Rohana Yusof.

Menurut Amirah, kekurangan itu bukan penghalang beliau untuk terlibat dengan aktiviti kokurikulum namun akan terus aktif dengan program yang dianjurkan universiti.

"Apa yang boleh disimpulkan 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Pilihan terletak di tangan kita, doakanlah kami OKU di sini dalam mengiringi setiap pencapaian dan kejayaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.