saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/09/2011

Berubahkah Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13?

TERIMA kasih kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana memilih Pulau Pinang atau lebih tepat Permatang Pauh sebagai tuan rumah Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011. Semoga kehadiran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri dan Merdeka di kalangan penduduk kawasan itu yang majoritinya orang Melayu. Sambutan yang diberi amat menggalakkan. PM juga terharu dengan sambutan itu.

Sesungguhnya penduduk Permatang Pauh dan sekitarnya bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah majlis peringkat kebangsaan ini. Siapa sangka Permatang Pauh menjadi pilihan. Apakah istimewanya Permatang Pauh? Pulau Pinang adalah negeri di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas. Permatang Pauh juga kubu pembangkang iaitu PKR yang diwakili oleh Anwar Ibrahim. Dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu pula iaitu Penanti dan Permatang Pasir diwakili PKR dan Pas. Di Penanti, wakil rakyatnya adalah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Barisan Nasional (BN) hanya menang di DUN Seberang Jaya, Sudah tentulah Permatang Pauh begitu istimewa. Tidak ada pilih kasih kerajaan Pusat untuk terus memberi perhatian terhadap Permatang Pauh. Dan Najib mengulangi ketegasan itu dalam ucapannya semalam. Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan Pulau Pinang dalam pembangunan walaupun negeri itu ditadbir oleh pembangkang. Beliau menyebut beberapa projek seperti pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Jambatan Kedua Pulau Pinang dan projek Empangan Mengkuang. Tidak dinafikan sejak BN berkuasa kembali di kawasan itu selepas diwakili Pas satu masa dulu, Permatang Pauh mengalami pembangunan pesat. Contohnya di tapak sambutan semalam, Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di Kampung Padang Ibu merupakan sekolah menengah pertama di kampung itu. Ini merupakan kemudahan pendidikan menengah untuk anak-anak beberapa buah kampung berhampiran. Dulu anak-anak kampung Guar Perahu, Guar Jering, Terus, Padang Buloh, Padang Ibu, Padang Tembusu, Guar Ipoh, Mengkuang Mak Sulong, Mengkuang Keretapi dan sekitarnya terpaksa ke sekolah yang letaknya lebih jauh iaitu di Penanti atau Bukit Mertajam.

Dulu hanya ada Sekolah Kebangsaan Guar Perahu tetapi kini sudah ada sekolah rendah baru. Diharapkan Permatang Pauh akan terus mendapat perhatian kerajaan Persekutuan kerana di situ masih ada penyokong-penyokong setia UMNO. Ada yang dulunya orang kuat Anwar tetapi masih setia bersama UMNO - dulu, kini dan selamanya. Mereka mengenali Anwar sejak dijadikan calon ‘payung terjun’ di kawasan itu. Orang lama yang tetap setia ialah Cikgu Ahmad Kadir. Bekas Setiausaha UMNO bahagian Permatang Pauh itu merupakan satu-satunya insan yang masih ada yang pernah bersama rombongan UMNO bahagian ke Kuala Lumpur untuk ‘menerima’ Anwar bertanding di kawasan itu pada 1982 menentang calon Pas, Allahyarham Zabidi Ali yang mahu mempertahankan kerusi itu.

Tidak jauh dari sekolah, tempat berlangsung majlis semalam, masih ada kediaman Allahyarham Datuk Mohd. Nor Abu Bakar yang mengetuai rombongan ‘menerima’ Anwar. Allahyarham pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan memimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar. Al-Fatihah buat Allahyarham.

Apakah kehadiran Perdana Menteri ke Permatang Pauh akan membawa perubahan kepada BN di kawasan itu? Disebabkan jumlah yang hadir di luar jangkaan, jangan pula ada yang marah-marah jika makanan tidak cukup. Kadang-kadang orang yang marah kerana perkara kecil akan ingat sampai kepada kertas undi. Malahan mampu dijadikan kempen pilihan raya. Segala kebaikan yang diberi oleh kerajaan sebelum ini akan terpadam begitu sahaja hanya kerana perkara remeh-temeh.

Permatang Pauh boleh dijadikan medan untuk BN kembali bangkit di Pulau Pinang. Walaupun Anwar (bukan PKR) masih ada sokongan di situ, tetapi jika kena calonnya, bukanlah mustahil untuk UMNO dan BN menguasai semula kerusi itu. Apa yang penting ialah kerjasama erat di kalangan pemimpin UMNO di semua peringkat, cawangan, bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Perbalahan sesama pemimpin hanya memberi ruang kepada pembangkang. Ahli-ahli bosan dengan kerenah pemimpin yang berebut pelbagai peluang termasuk untuk menjadi calon. Keraplah ‘turun padang’ untuk mendekati rakyat atau pengundi. Cabaran UMNO dan BN Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang amat mencabar. DAP boleh dianggap dalam keadaan selesa kerana kekuatan Gerakan masih diragui dan trend pengundi Cina yang belum banyak berubah. Ditambah pula dengan sokongan kuat Pas. Tidak seperti PRU lalu, DAP, Pas, PKR akan lebih berhati-hati memilih calon. Justeru, BN tidak boleh memandang mudah soal calon.

Kemunculan semula Mohamad @ Mat Sabu dengan jawatan Timbalan Presiden membangkitkan semangat Pas di negeri itu. Beberapa kawasan yang menjadi pertaruhan Pas sejak beberapa PRU lalu sudah tentu akan melipatgandakan usaha. Mungkin jika memenangi lebih kerusi berbanding PKR, maka Pas mampu mendapat jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Jika Pulau Pinang menjadi pilihan Mat Sabu pada PRU akan datang, maka beliau bolehlah menjadi timbalan kepada Lim Guan Eng. Bagi kawasan Parlimen, Mat Sabu boleh disenaraikan di Kepala Batas atau Tasek Gelugor.

Kunjungan Malam Mesra Aidilfitri

RUMAH terbuka Aidilfitri terus diadakan terutama di kawasan bandar selepas penghuninya pulang dari kampung masing-masing. Ada yang menganjurkannya di rumah, hotel atau di pejabat. Begitulah meriahnya rumah terbuka hari raya sehingga berakhirnya Syawal. Di kawasan perumahan penulis di Princeton, Bandar Seri Putra, majlis yang sama turut diadakan.

Kunjungan Malam Mesra Aidilfitri Jalan 2/5D itu diadakan dua malam berturut-turut. Pada malam pertama, ia bermula di rumah Azmi Othman, Ahmad Roslan, Yusri, Zainal dan Ahmad. Pada malam kedua pula, ia bermula di rumah Sumarto, Tohiran Hassan, Zulkifli, Awang Sapawi, Dr. Mahmud , Jamal Teh, Zaludin Abu Bakar dan akhir sekali di rumah penulis. Majlis seumpama ini yang melibatkan seluruh keluarga memberi peluang kepada penghuni di situ berkunjung dan beramah mesra lebih erat.

Anggota keluarga diperkenalkan termasuk yang secara kebetulan pulang berhari raya bersama keluarga atau pulang bercuti belajar di luar negara.

Jika sebelum ini masing-masing balik kampung atau sibuk dengan kerja, sekurang-kurangnya dua malam itu diperuntukkan untuk bersama jiran-jiran. Minggu terakhir Aidilfitri pula seluruh warga Princeton akan berkongsi menganjurkan Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Princeton. Semoga aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.