saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/09/2011

Kematian Sarbaini adalah mati mengejut - SPRM

12/09/2011 7:10pm

KUALA LUMPUR 12 Sept Keputusan inkues berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed perlu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam inkues itu berkata, tiada sedikitpun keterangan untuk mencadangkan bahawa kematian beliau disebabkan dibunuh atau terdapat pembabitan pihak ketiga seperti didakwa seorang peguam bagi keluarga itu, Awtar Singh.

Muhammad Shafee juga menjelaskan bahawa, analisis DNA menunjukkan tiada pembabitan pihak ketiga berhubung kematian mangsa.

"Ketidakhadiran keterangan DNA mengaitkan mana-mana pegawai SPRM kepada kematian Ahmad Sarbaini dan ketidakhadiran luka akibat mempertahankan diri ke atas mangsa jelas menunjukkan bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat secara jenayah berhubung kematian mangsa. Oleh itu, kami merumuskan bahawa keputusan adalah disebabkan kematian mengejut, katanya.

Dalam penghujahan secara bertulis 112 halaman kepada Koroner, Aizatul Akmal Maharani yang mendengar inkues itu, Muhammad Shafee berkata, tiada secebis bukti bahawa mangsa telah didera secara fizikal atau mendapat layanan yang teruk semasa kenyataannya direkodkan oleh pegawai SPRM pada 4 April atau pada hari kematiannya pada 6 April, 2011. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.