saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/09/2011

Syarikat pengurus Program 6P didalangi pihak asing

PUTRAJAYA 12 Sept. - Terdapat syarikat pengurus yang terlibat dengan Program 6P dikesan melakukan kesalahan dengan membawa masuk pihak berkepentingan daripada luar negara untuk menjalankan proses pendaftaran pekerja asing.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak kementerian kini sedang menjalankan siasatan berhubung wujudnya dalang daripada warga asing sendiri dalam syarikat berkenaan.

"Selain itu, syarikat pengurus turut dikesan mempunyai jaringan hubungan secara tidak langsung dengan pihak luar.

"Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana saya bimbang mereka mempunyai agenda tersendiri dan mereka tidak boleh dibenarkan terus terlibat dengan perkara berkaitan program 6P," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Bersama Pengarah-Pengarah Imigresen di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, terdapat juga kes di mana syarikat pengurus dikesan cuba mengambil wang bayaran lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Selain itu, tidak kurang juga ada yang cuba membuat pengubahsuaian terhadap sistem biometrik pihak kementerian.

"Beberapa syarikat pengurus telah dikenal pasti melakukan beberapa kesalahan tetapi senarainya masih belum lagi boleh diumumkan kerana pihak kementerian masih perlu membuat siasatan secara menyeluruh.

"Setelah semuanya selesai dan kita berpuas hati dengan siasatan tersebut barulah ia akan diumumkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.