saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/09/2011

19 cemas kapal mereka karam


Syd. Mohd. Fuzi Syd. Hasan beramah mesra dengan anak kapal MT Cendanawati pada sidang akhbar di APMM Indera Mahkota, Kuantan, semalam.


KUANTAN 12 Sept. – Seorang kapten dan 18 anak kapal MT Cendanawati terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila kapal mereka karam selepas berlanggar dengan kapal MT Cosmic 10 di kedudukan lapan batu nautika (14.4 kilometer) timur Pulau Tioman, Rompin, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, kapal MT Cosmic 10 yang difahamkan dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand melanggar bahagian bilik kapten dan bilik enjin kapal MT Cendanawati.

Insiden itu turut menyebabkan kapten kapal MT Cendanawati, Dadi Suyadi, 45, cedera di kepala dan tengkuk.

Bagaimanapun, mereka semua diselamatkan oleh sebuah kapal dagang Lady Anyvisia yang kebetulan melalui laluan tersebut.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Maritim Timur, Kapten Maritim Syd. Mohd. Fuzi Syd. Hasan berkata, kapal MT Cendanawati yang membawa muatan minyak pelincir dalam perjalanan dari Thailand ke Indonesia sejak Jumaat lalu.

“Sebelum kejadian, ketua pengawal yang bertugas di MT Cendanawati menyedari lokasi MT Cosmic 10 yang berada bertentangan dengan kapalnya, pukul 3.30 pagi.

“Pengawal berkenaan cuba menghubungi MT Cosmic 10, namun gagal. Dia lalu mengambil keputusan mengubah haluan dengan menghala ke kiri tetapi dalam masa yang sama MT Cosmic 10 pula menghala ke kanan sehingga berlakunya pelanggaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Syd. Mohd. Fuzi, selepas pelanggaran itu, MT Cendanawati mulai karam manakala MT Cosmic 10, berlabuh di Batam, Indonesia.

“Maritim Malaysia menerima laporan di pusat kawalan pada pukul 7.30 pagi dan segera mengarahkan kapal KM Jarak yang berada tidak jauh dari tempat kejadian membantu,” katanya.

Jelasnya, kesemua krew kapal yang berusia 22 hingga 51 tahun itu dipindahkan ke KM Jarak pada pukul 10.30 pagi semalam dan dibawa ke Tanjung Gelang sebelum ditempatkan di sebuah hotel di sini.

Katanya, Maritim Malaysia menyerahkan kes itu kepada Jabatan Laut dan beberapa agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar bagi menyiasat kejadian tersebut.

Pihaknya juga memaklumkan kejadian itu kepada polis dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tindakan lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.