saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/09/2011

Jawatan PM, MB dan KM tanpa had masih relevan

13/09/2011 11:59am

KOTA KINABALU 13 Sept. - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, dasar kebangsaan sedia ada yang tidak mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri masih praktikal dan relevan di negara ini.

Oleh itu, beliau berkata, tiada keperluan buat masa ini untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan-jawatan tersebut kepada hanya dua penggal.

"Saya melihat di Malaysia ini belum sampai masanya untuk kita melaksanakan sistem seumpama itu... biarlah apa yang kita praktik selama ini kita teruskan.

"Apa yang penting kita hidup dalam keadaan aman damai dan makmur dan kita melaksanakan proses demokrasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra Aidilfitri anjuran anak syarikat kerajaan negeri Supernesa Sdn Bhd, di sini malam tadi.

Hajiji berkata, demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden Barisan Bersatu Borneo (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengenai perkara itu.

Jeffrey, bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini mengetuai badan bukan kerajaan iaitu UBF dan Yayasan Warisan Borneo, baru-baru ini dipetik sebagai berkata ingin supaya ditamatkan sistem yang diamalkan di negara ini sekarang yang membolehkan Perdana Menteri atau Ketua Menteri menjawat jawatan selama beberapa dekad. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.