saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/09/2011

Ahli perniagaan diarah bayar RM25,000 kepada Sheikh Muszaphar

13/09/2011 5:57pm

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan seorang ahli perniagaan membayar ganti rugi khas RM25,000 kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie selepas membenarkan permohonan tuntutan balas yang dikemukakan oleh angkasawan negara itu berhubung kes saman lebih RM90,000 yang difailkan terhadapnya, tiga tahun lalu.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Dzaki Ezhar Bahar, yang mewakili Dr. Sheikh Muszaphar dan peguam Nasaruddin Abdul Manaf, yang mewakili Norlina Nordin.

Semalam, mahkamah tersebut membenarkan permohonan Dr. Sheikh Muszaphar untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Norlina yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya dengan kos RM5,000.

Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 8 Februari 2011, Dr. Sheikh Muszaphar selaku defendan mendakwa Norlina sebagai plaintif telah bertindak sendirian tanpa arahan atau pengetahuannya atas dasar kononnya mahu memberikan bantuan kepadanya yang mana beliau tidak pernah memberikan sebarang kata putus ataupun janji kepada plaintif.

Dr. Sheikh Muszaphar yang telah ditawarkan dan/atau dianugerahkan oleh Majlis Tindakan Negeri Sembilan sebuah kontrak berjumlah RM50,000 telah menjayakan kontrak itu tanpa sebarang bantuan daripada pihak plaintif, namun di luar pengetahuan defendan, plaintif telah menuntut bayaran daripada Majlis Tindakan Negeri Sembilan dan mengambil bayaran sebanyak RM25,000 daripada pihak berkenaan.

Angkasawan negara itu turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan sebarang kuasa mahupun kebenaran bagi plaintif untuk berbuat demikian dan memohon supaya bayaran itu dikembalikan kepadanya namun sehingga kini pihak plaintif gagal berbuat demikian.

Oleh itu, Dr. Sheikh Muszaphar mendakwa tindakan yang dilakukan oleh plaintif menyebabkan reputasinya sebagai angkasawan negara telah tercemar akibat liputan media cetak dan elektronik yang meluas dan kerjayanya turut terjejas.

Pada 18 Mei 2010, mahkamah membatalkan permohonan kes tuntutan saman itu setelah mendapati pihak plaintif gagal memfailkan beberapa dokumen yang telah diarahkan sebelum ini.

Pada 25 Julai 2008, Norlina menfailkan saman terhadap Dr. Sheikh Muszaphar kerana mendakwa telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.

Norlina dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Dr. Sheikh Muszaphar tidak menjelaskan upah perkhidmatan sebagai pembantu peribadinya seperti yang dipersetujui menerusi satu surat pelantikan pada 2 April 2008.

Norlina mendakwa pada 28 Mei 2008 dia menerima surat penamatan perkhidmatannya daripada Dr. Sheikh Muszaphar sebagai pembantu peribadi selepas berhasil mendapatkan pelbagai kontrak termasuk satu projek di bawah Penyiaran Televisyen Astro.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Norlina memohon jumlah wang sebanyak RM45,000 sebagai upah yang adil dan munasabah, ganti rugi RM47,751.85, ganti rugi am akibat kehilangan keuntungan melalui satu program televisyen yang kononnya akan menjadikan Dr. Sheikh Muszaphar sebagai ”ikon pendidikan” dan kos lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.