saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 16/09/2011

FBI siasat gambar bogel Scarlett Johansson




LOS ANGELES 15 Sept. - Bintang Hollywood, Scarlett Johansson (gambar) terpaksa mendapatkan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kes gambar separuh bogelnya yang disiarkan menerusi Internet, semalam.

Gambar itu diambil sendiri oleh pelakon tersebut menggunakan telefon pintarnya dan dipercayai disiarkan menerusi Internet oleh pihak yang menggodam sistem telefonnya.

Selain itu, FBI turut menerima laporan lain berhubung kes yang sama melibatkan penyanyi Justin Timberlake dan pelakon Mila Kunis.

"FBI kini sedang menyiasat individu atau kumpulan yang disyaki terlibat dalam penggodaman komputer melibatkan golongan berprofil tinggi," kata pegawai FBI di Los Angeles, Laura Eimiller.

Antara gambar-gambar Johansson yang disiarkan dalam laman web tersebut menunjukkan bintang itu berada dalam keadaan separuh bogel di rumahnya, di dalam tandas dan juga di atas katil.

Begitu juga dengan gambar Timberlake yang tidak berpakaian di atas katil manakala Kunis berada di dalam kolam mandi.

Jurucakap FBI bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagaimana gambar-gambar tersebut disiarkan di dalam Internet. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.