saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/09/2011

Lima hari untuk tajam serangan


Penjaga gol Oman, Muhand Obaid Al Zaabi (kanan) berjaya mematahkan serangan pemain negara, A. Thamil Arasu dalam aksi persahabatan di padang UiTM Shah Alam, semalam. Malaysia tewas 0-1. – UTUSAN/Izham Jaafar


SHAH ALAM – Dalam ketenangan jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee menjelang menentang Jepun pada kelayakan Sukan Olimpik 2012 Rabu ini ketumpulan serangan sedikit mengocak benak fikirannya menentang Oman di sini, semalam.

Apa yang dikatakan Kim Swee ada benarnya apabila skuadnya itu tenggelam punca mencari jaringan pada pertemuan persahabatan yang menyaksikan Bawah 23 Oman menang 1-0.

‘‘Segalanya telah dilakukan dalam latihan untuk memantapkan bahagian serangan tetapi rangkaian barisan hadapan masih gagal menemui sentuhan jaringan.

“Bagaimanapun saya tetap anggap keputusan tewas tipis kepada Oman ini adalah sesuatu yang positif. Ini adalah satu perlawanan yang bagus menjelang pertemuan dengan Jepun nanti,” katanya semasa ditemui media, semalam.

Jelas Kim Swee, sesuatu perlu dilakukan menjelang lima hari pertemuan menentang Jepun terutama di bahagian serangan tatkala bahagian lain dilihat sudah mampu membiasakan diri bersama gandingan masing-masing.

Pada pertemuan dengan Oman, semalam Kim Swee meletakkan A. Thamil Arasu dan Irfan Fazail mengetuai serangan, namun kedua-duanya gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang.

Oman berjaya memperoleh gol tunggal melalui Hussain Ali Al Hadri pada minit ke-41 sebelum skuad Kim Swee bangkit pada babak kedua dengan menghasilkan beberapa peluang berbahaya, namun gagal disudahkan oleh Thamil dan Irfan.

Kim Swee juga mencuba gandingan Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim tetapi mereka juga gagal untuk menewaskan penjaga gol lawan, Mohand Obaid Al Zaabi.

Apa yang menarik, kata Kim Swee, pemainnya juga tidak cepat melatah sebaik sahaja mereka ketinggalan 0-1, sebaliknya cuba bangkit dengan mempamerkan semangat juang tinggi.

“Saya harap mereka belajar daripada perlawanan ini, kalau boleh saya tidak mahu kita dibolosi pada perlawanan menentang Jepun nanti. Masa yang ada adalah untuk memperbaiki segala kelemahan.

“Saya juga merasakan keputusan pada hari ini (semalam) tidak mustahak, yang penting adalah corak permainan,” kata Kim Swee yang membayangkan keputusan 0-0 bertemu Jepun nanti adalah cukup bagus buat mereka.

Selepas perlawanan menentang skuad Olimpik Oman, anak-anak Kim Swee bakal berdepan ujian sebenar mengharungi perlawanan menentang Jepun di Stadium Tosu, Rabu ini untuk aksi pertama kelayakan peringkat akhir Sukan Olimpik 2012 London.

Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria. Juara kumpulan akan mara terus ke Sukan Olimpik 2012 manakala tempat kedua terbaik perlu mengharungi play-off.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.