saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 16/09/2011

Pengurusan haji di Tanah Suci


Petugas tabung Haji membantu jemaah haji sebelum menaiki bas di terminal haji Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.


TABUNG Haji (TH) mengorak langkah menongkah arus, membelah badai menerajui dunia pengurusan haji. Dengan moto Bersama Santuni Dhuyufurrahman, TH bertekad memberi khidmat yang terbaik kepada jemaah haji di Malaysia.

Sebelum ketibaan jemaah haji, anggota Tabung Haji telah siap sedia menyediakan prasarana dan kemudahan untuk jemaah haji.

Penyelarasan diatur dengan pihak berkuasa di Arab Saudi bagi melicinkan operasi haji pada setiap tahun.

Setiap tahun, seramai 27,900 orang jemaah haji Malaysia adalah di antara hampir tiga juta umat Islam yang bertuah dijemput oleh Allah sebagai tetamu-Nya di Baitullah.

Secara umumnya sambutan dan urusan pengendalian jemaah haji di Tanah Suci melibatkan tiga sektor yang utama iaitu Pusat Pengurusan Operasi di Mekah, Madinah dan Jeddah.

Pada kebiasaannya di samping sokongan yang dijalankan oleh pejabat Tabung Haji di Jeddah, Arab Saudi, TH juga menghantar petugas haji seminggu lebih awal untuk menyambut kedatangan jemaah di samping persiapan bagi menyediakan prasarana.

Pada umumnya rombongan ini diketuai oleh Ketua Rombongan Haji. Terdapat dua kategori anggota yang bertugas di Tanah Suci iaitu rombongan kebajikan dan rombongan perubatan.

Rombongan kebajikan berperanan menyedia dan menyelia keperluan dan kebajikan jemaah haji di Tanah Suci sementara rombongan perubatan menyelia hal ehwal kesihatan.

Kemasukan jemaah haji Malaysia biasanya melalui dua pintu iaitu di Lapangan Terbang Putera Mohamad Madinah al-Munawwarah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Kemasukan jemaah haji secara berperingkat-peringkat melalui Madinah sebelum ke Mekah dan kemudiannya melalui Jeddah sebelum wuquf.

Di Madinah dan Mekah misalnya, persediaan menyambut jemaah haji telah dilakukan dengan begitu rapi.

Beberapa mesyuarat penyelarasan dengan pihak Muassasah Adillak di Madinah dan Muassasah Tawwafah di Mekah diadakan.

Selain itu kemudahan seperti kaunter pengeluaran wang, klinik rawatan, kafeteria dan kemudahan perhubungan disediakan.

Sebagai perkhidmatan yang penting bimbingan haji kepada jemaah, pembimbing ibadat haji dan kaunseling turut disediakan.

Fasa yang paling penting dalam menyelaras pengurusan jemaah haji ialah semasa persediaan untuk menghadapi wuquf.

Beberapa siri lawatan ke tempat perkhemahan di Arafah dan Mina diadakan.

Sebagai tambahan, beberapa anggota yang bertugas di Madinah dan di Jeddah diserapkan dalam pengurusan maktab bagi melicinkan operasi Masyair.

Operasi Masyair amat getir dengan pengendalian keseluruhan jemaah haji seluruh dunia pada satu ketika dari satu tempat menuju ke satu tempat yang sama.

Pada tempoh ini juga jemaah haji akan melakukan kerja-kerja haji seperti berwuquf di Arafah, bermabit di Muzdalifah dan Mina serta melontar di Jamrah.

Semasa Operasi Masyair anggota TH membantu pihak Muassasah bagi menggerakkan kesemua jemaah haji. Pergerakan jemaah haji ini dipantau melalui Pusat Maklumat Operasi di Mekah.

komunikasi terkini

Penggunaan alat komunikasi terkini dan maklumat pergerakan berasaskan laman web banyak membantu melicinkan operasi.

Setelah jemaah selesai mengerjakan ibadat haji, mereka diatur untuk pergerakan pulang.

Keberangkatan pulang jemaah biasanya melalui Lapangan Terbang Madinah dan Jeddah.

Bagi jemaah haji yang telah memasuki Mekah melalui Madinah mereka akan pulang melalui Jeddah.

Begitu juga sebaliknya jemaah haji yang memasuki Mekah melalui Jeddah akan pulang melalui Madinah.

Pengurusan Haji di Tanah Suci melibatkan beberapa penglibatan agensi penting di Arab Saudi seperti Muassasah Adillak, Muassasah Tawwafah, Nagabah, United Agent di Jeddah dan Kementerian Haji di Arab Saudi.

Sesungguhnya pengurusan haji di Tanah Suci bukanlah sesuatu yang mudah.

Dengan izin Allah jua jemaah haji Malaysia dapat diatur perjalanan mereka dengan baik ke arah mencapai haji yang mabrur.

Nasihat kepada bakal-bakal haji ialah supaya mengambil kesempatan daripada masa yang masih ada sebelum tarikh keberangkatan ke Tanah Suci untuk menyiapkan diri daripada segi ilmu, mental, fizikal, kesihatan, rohani dan keperluan barang-barangan.

Sama-sama kita berdoa agar perjalanan haji pada tahun ini dapat berjalan dengan baik dan penuh dengan keberkatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.