saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/09/2011

Kelantan paling tinggi hidap HIV, AIDS

KOTA BHARU 15 Sept. - Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.

Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).

"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.

"Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak terlibat dengan mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan kondom dan seks yang selamat untuk mengurangkan penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM15,000 dari Hotel GRV di sini, hari ini.

Sumbangan itu merupakan 10 peratus daripada keuntungan kasar promosi bufet Ramadan Hotel GRV pada bulan lepas.

Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar GRV, Vincent Chua dalam satu majlis ringkas kepada Dr. Illias.

Dr. Illias Adam berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 3,652 kes jangkitan HIV telah dilaporkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes.

"Sejumlah 2,985 (81.7 peratus) kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki dan 668 (18.3 peratus) adalah perempuan. Majoriti kes iaitu 88.7 peratus jangkitan masih berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun.

"Statistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa majoriti daripada penularan HIV berlaku di kalangan orang Melayu iaitu 65,235 atau 71 peratus daripada jumlah penghidap HIV di seluruh negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.