saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/09/2011

Mansuh ISA: Najib berani buat keputusan

SHAH ALAM 17 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berani apabila mengumumkan keputusan untuk memansuhkan terus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam perutusan Hari Malaysia malam semalam.

Bekas tahanan ISA, Datuk Seri Prof. Razali Bolhi yang menyokong langkah tersebut berkata, pihaknya percaya keputusan tersebut dibuat berdasarkan kemampuan kerajaan sedia ada untuk memastikan keamanan dan keselamatan terjamin di samping sikap rakyat sudah matang serta lebih bijak.

“Saya sendiri macam tidak percaya dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Najib apabila dalam masa yang singkat mengambil alih kepimpinan negara sudah membuat keputusan memansuhkan terus ISA.

“Sedangkan pada kaca mata saya sendiri, Barisan Nasional (BN) sendiri belum ‘sihat’ sepenuhnya termasuk di negeri asal saya, Sarawak tetapi Perdana Menteri berani terima cabaran untuk membuat perubahan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Bolhi, 59, yang kini merupakan Presiden Persatuan Persaudaraan Dayak Islam (Kuching) Sarawak pernah ditahan di bawah ISA selama dua tahun di Kem Kemunting, Taiping, Perak dalam Operasi Singa pada 1987 yang dilancarkan oleh pihak berkuasa sebelum tercetusnya Operasi Lalang.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bahagian Tebakang ditahan ekoran dianggap sebagai perkauman ekoran kelantangannya membangkitkan isu pemberian tanah adat kepada golongan bukan bumiputera.

Menurut Razali, keberanian Perdana Menteri itu membuatkan orang seperti Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim sendiri sanggup meminta maaf kepada beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.