saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 18/09/2011

Keluarga penyembuh sakit Nor Shanana

NALURI keibuan yang dianugerahkan Tuhan sukar digambar dengan kata-kata. Ini kerana ikatan yang terjalin sejak anak dalam kandungan tidak boleh ditukar ganti dengan emas dan intan menggunung.

Lantas, bagi seorang wanita, memiliki anak ibarat menyempurnakan sebuah keluarga.

Walaupun pelbagai halangan, seorang wanita akan cekal dan berusaha memberikan yang terbaik buat keluarganya.

Tidak cukup dengan itu, ada yang mengalami masalah kesihatan sehingga menyukarkan mereka mendapat zuriat. Bahkan ramai wanita menganggap dunia semakin kelam apabila disahkan tidak mampu melahirkan zuriat.

Bagi Nor Shahana Sakir, 38, pengalaman disahkan menghidap cyst (ketumbuhan) rahim dan apendiks memang mencabar.

"Setiap kali haid, rasa sakit di bahagian perut, rasa macam nak buang air besar yang amat sakit dan sukar bangun menjalankan aktiviti harian. Masa itu, saya bekerja sebagai pramugari dan sudah berkahwin. Suatu hari, saya sakit dan tidak boleh bangun, suami segera membawa saya ke Pusat Perubatan Subang Jaya," ujarnya yang menderita cyst sebelum berkahwin lagi.

Bercerita lanjut, Nor Shahana perlu segera menjalani pembedahan kerana apendiks yang dialaminya semakin radang.

Di sisi suami, Wan Zuraidi Wan Ismail, 37, Nor Shahana hanya mengharapkan dia segera sembuh lebih-lebih lagi mereka mahu segera menimang cahaya mata.

Mengandung

Selepas tujuh tahun berkahwin, Nor Shahana dan suami menerima berita gembira. Dia disahkan mengandung.

"Dugaan saya tidak hanya pada pembedahan pertama. Semasa awal mengandung, saya hampir keguguran, dan doktor menasihatkan supaya saya berehat dan tak kerja. Saya cuti tanpa gaji. Masuk trimester kedua, kandungan saya berada dalam keadaan baik baik sehinggalah kandungan saya masuk bulan kelapan.

''Saya mula diserang sakit perut terutamanya apabila saya bergerak atau selepas membuang air besar atau air kecil. Pada awalnya, doktor tidak menjumpai apa-apa komplikasi pada kandungan saya. Doktor hanya memberi ubat tahan sakit dan titisan air," katanya.

Sekembalinya dia di rumah, dia mengadu kesakitan dan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Nor Shahana segera dikejarkan ke bilik rawatan dan selepas diberikan bius, dia berada dalam keadaan tidak sedar diri. Selepas sejam dimasukkan ke bilik pembedahan, Wan Farahana Wan Zuraidi berjaya dilahirkan melalui pembedahan.

"Ketika itu saya sangat takut tetapi saya pasrah. Disebabkan komplikasi yang saya alami, saya hanya keluar lima jam selepas itu daripada bilik pembedahan. Saya dan bayi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Saya hanya dapat jumpa Farahana selepas empat hari dia dilahirkan. Saya sangat gembira kerana dapat menatap wajahnya. Saat inilah yang saya tunggu-tunggu selepas tujuh tahun berkahwin," ujarnya sambil mengesat air mata.

Di sebalik peristiwa ini, Nor Shahana tidak dapat melupakan pengorbanan suami, keluarga, dan mertuanya yang sangat membantu dan memberi dorongan. Semasa dia berada di wad bersalin selama lapan hari, suami, mertua dan adik ipar menjaganya secara bergilir-gilir.

komplikasi

"Saya tidak boleh mengawal setiap kali mahu membuang air kecil dan besar. Adik ipar , Wan Nor Alisa yang selalu membuang najis saya yang tercicir. Kasihan dia dan ketika itu saya meronta mahu melakukannya sendiri tetapi tangan saya penuh dengan wayar berisi cecair," katanya.

Apabila semuanya selesai, Nor Shahana menjalani pemeriksaan dan doktor mendapati komplikasi disebabkan keadaan rahimnya yang sudah rosak. Disebabkan itu, darah mula masuk ke dalam rahim dan anaknya hampir lemas.

"Doktor tak sarankan saya mengandung lagi sebab risiko yang sangat tinggi sekiranya rahim itu pecah dan berlaku pendarahan lagi menyebabkan sesuatu yang lebih buruk.

Nasihat saya pada wanita di luar sana, jika merasa sakit sewaktu mengandung jangan takut-takut untuk berjumpa doktor," katanya yang memilih kerjaya sebagai juru solek.

Baginya, hidupnya kini sempurna setiap kali melihat suami gembira dan Farahana membesar sebagai kanak-kanak yang pintar, sihat dan cerdas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.