saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 19/09/2011

RM80j bina kemudahan sukan

BEAUFORT 18 Sept. - Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM80 juta bagi membina kemudahan sukan termasuk kompleks sukan di negeri ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, dalam RMK-10, beberapa lagi kompleks serta prasarana sukan akan dibina bagi menyediakan kemudahan sukan terbaik di negeri ini.

"Apa yang penting ialah kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan oleh kerajaan di seluruh negeri perlulah dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

"Jadi meskipun sibuk dengan urusan dan tugas harian jangan lupa untuk meluangkan masa dalam aktiviti yang sihat seperti bersukan, berekreasi, berpersatuan dan sebagainya," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kompleks Sukan Beaufort, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin.

Menurut Musa, antara Kompleks Sukan baru yang telah siap dibina termasuklah Kompleks Sukan Beaufort, Kompleks Sukan Ranau dan Kompleks Sukan Sipitang.

Jelasnya, dalam tempoh RMK-9 juga kerajaan telah membina pelbagai kemudahan sukan seperti Taman Cabaran Belia di Kompleks Sukan Kota Kinabalu dan dewan serbaguna di Kompleks Sukan Kota Belud dan Tenom.

"Begitu juga dengan kerja-kerja menaik taraf dan pembinaan kemudahan sukan baru seperti stadium hoki dan gelanggang boling padang di Kompleks Sukan Sandakan dan Keningau sempena Sukan Sabah (SAGA)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam RMK-10 kerajaan merancang membina kompleks Sukan Baru di Lahad Datu selain meneruskan pembinaan Kompleks Sukan Beaufort fasa kedua.

Katanya, kerajaan juga akan membina asrama di Kompleks Sukan Ranau, Akademi Ragbi di Kompleks Sukan Kota Kinabalu dan kolam renang 50 meter bertaraf Olimpik serta kolam rekreasi di Kompleks Sukan Tawau.

Sementara itu, beliau berharap, kewujudan pelbagai kemudahan sukan akan dapat menerapkan budaya bersukan dan amalan hidup sihat di kalangan masyarakat negeri itu.

"Ia juga berupaya menjadi platform untuk mengukuhkan lagi semangat perpaduan, muhibah dan kerjasama dalam kalangan rakyat," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.