saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/09/2011

Pelaksanaan proses pemutihan 6P diketahui selepas 4 Okt

19/09/2011 2:51pm

KUALA LUMPUR 19 Sept – Pelaksanaan Proses Pemutihan, yang merupakan komponen kedua Program 6P, akan diketahui selepas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing/Pendatang Tanpa Izin bermesyuarat 4 Oktober depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

"Ia akan diumumkan selepas mesyuarat jawatankuasa Kabinet kami yang akan diadakan pada 4 Oktober,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketiga Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pada peringkat pertama program itu iaitu Pendaftaran, seramai 2.3 juta pendatang asing telah berdaftar.

"Saya gembira bahawa di bawah pendaftaran secara sukarela sahaja, jumlahnya 2.3 juta... Anda boleh bayangkan 1 juta sah, 1.3 juta lagi tidak sah.

"Itu yang mendaftar secara sukarela, bayangkan berapa ramai lagi di luar sana yang belum lagi berdaftar.

“Bayangkan 2.3 juta tadi tak termasuk pembantu rumah, tak termasuk Sabah dan Sarawak dan secara perinciannya, ia tak termasuk pelarian jumlah yang lebih daripada 100,000 orang,” katanya.

Program 6P meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.