saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/09/2011

Langgar 'bayi' sulung Sein


NATASHA Hudson (meniarap di atas katil) dan Namron (kanan) mendengar arahan daripada Sein.


PENGHIJRAHAN dari satu karier ke karier lain merupakan lumrah bagi sesetengah individu yang mahu memastikan kelangsungan hidupnya terjamin.

Dalam bidang seni, beralih kerjaya daripada pelakon kepada penyanyi atau,pelakon menjadi pengarah dan macam-macam lagi adalah lumrah.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada kebolehan dan bakat yang dimiliki oleh seseorang selebriti tersebut. Semestinya, dia mempunyai banyak peluang untuk meraih pendapatan.

Begitulah yang terjadi dalam rutin harian hidup bekas anggota kumpulan Ruffedge iaitu Syed Hussein Syed Mustafa, 28 atau Sein apabila kini dia diberi peluang mengarah filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) berjudul Langgar.

Bermula sebagai model, kemudian pelakon, penyanyi dan pengacara, Sein yang juga merupakan juara bagi program realiti Sehati Berdansa itu mengorak langkah apabila draf skrip paduan ideanya bersama Pierre Andre diluluskan untuk diterbitkan.

Meraih populariti menerusi siri Adamaya, Sein mengumpul pengalamannya sebagai pelakon sepanjang hampir sedekad bergelar anak seni.

Sejurus menamatkan pengajiannya dengan mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan sinematografi di London Film School, United Kingdom, setahun lalu, Sein tekad mahu mengarahkan sebuah filem setelah pulang ke tanah air.

Lalu, jelas Sein, dia cuba menghasilkan skrip pertamanya yang belum mempunyai judul, genre psiko thriller dan menghantar ke TUSB di samping berkerjasama dengan Pierre menghasilkan sebuah skrip lagi bergenre aksi iaitu Langgar.

"Disebabkan terdapat beberapa prosedur yang tidak dapat dielakkan, skrip Langgar terlebih dahulu mendapat lampu hijau daripada TUSB untuk difilemkan.

"Bagaimanapun, Pierre tidak dapat turut serta untuk sama-sama mengarahkan filem ini kerana mempunyai komitmen lain," jelas Sein.

Tambahnya, cabaran menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem tersebut merupakan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan memandangkan telah lama dia mengidamkan tugas itu.

Menurut Sein lagi, setelah kembali ke Malaysia setahun lalu, dia mula menjinak-jinakan diri dalam bidang pengarahan dengan mengarahkan beberapa video korporat dan filem pendek.

"Pembabitan saya dalam mengarahkan beberapa karya sebelum ini bolehlah diibaratkan sebagai sesi 'panas badan' atau warm-up sebelum menggalas tugas yang lebih berat.

"Hasil pengalaman dan ilmu yang ditimba sebelum ini, saya cuba aplikasikan dalam Langgar yang telah bermula pada pertengahan bulan puasa lalu.

"Syukur, saya mendapat respons positif daripada team produksi. Apatah lagi, krew-krew produksi yang terlibat telah banyak bekerjasama dalam pembikinan filem-filem TUSB selama ini.

"Filem ini melalui proses pembikinan skrip sebanyak 15 draf," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut di Damansara Heights, baru-baru ini.

Berbicara lanjut mengenai Langgar, Sein mempertaruhkan jalan cerita yang memaparkan pergelutan tiga penjuru antara tiga geng samseng yang berebut kawasan jajahan.

Walaupun ia kelihatan serupa dengan dua buah filem, KL Gangster dan Kongsi yang pernah ditayangkan sebelum ini, Sein cuba lari daripada persepsi menyamakan filem arahannya dengan filem-filem tersebut apabila menampilkan kelainan dari aspek plot cerita dan gaya pengarahan.

"Sejak kecil, saya suka menonton filem aksi gangster seperti Godfather, Young & Dangerous dan sebagainya.

"Saya menganggap filem genre ini adalah filem seorang 'jantan' tetapi mahu menyampaikan mesej secara lembut dan bersahaja tanpa perlunya adegan ekstrem.

"Saya mencuba dengan menampilkan adegan aksi seperti pertarungan yang berbeza. Setiap aksi yang ditunjukkan mempunyai graf peningkatan," jelas Sein sambil mengatakan, koreografi pergaduhan yang dipamerkan turut menyelitkan imaginasi zaman kanak-kanaknya.

Langgar yang menjalani penggambaran selama 33 hari menampilkan barisan bintang popular seperti Adi Putra, Hans Isaac, Namron, Khir Rahman, Zul Huzaimy, Natasha Hudson, Bell Ngasri dan Nadia Heng.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.