saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/09/2011

Adnan Sempit 2 mampu kutip RM13 juta

DAVID Teo merupakan penerbit filem tempatan yang paling aktif di mana sehingga kini dia bersama syarikat produksinya, MIG telah menerbitkan 64 buah filem. Filem Kongsi yang mencatat kutipan tiket mencecah RM8 juta adalah yang paling tinggi pernah dicapai oleh syarikat produksi itu.

Bagaimanapun, penerbit berasal dari Segamat, Johor itu tidak pernah berpuas hati bukan sahaja daripada segi bilangan filem yang mahu diterbitkannya, malah, dia juga sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan jumlah kutipan tiket filem-filem terbitannya pada masa depan.

Menurut David, dia mensasarkan kutipan tiket filem Adnan Sempit 2 yang akan ditayangkan pada tahun depan berjumlah RM13 juta berdasarkan pencapaian filem-filem terbitan MIG sebelum ini yang jarang menghampakannya.

"Dalam setiap filem terbitan MIG kami mempunyai sasaran tertentu berdasarkan banyak faktor. Misalnya genre filem dan latarbelakang sesebuah filem itu termasuklah para pelakon yang membintanginya. Untuk Adnan Sempit 2 saya rasa tidak mustahil ia boleh mengutip RM13 juta.

"Setakat ini, filem KL Gangster terbitan Skop Productions mencecah kutipan tiket RM12 juta dan yang paling tinggi dalam sejarah industri perfileman tempatan. Saya yakin rekod itu tidak mustahil untuk dipadamkan dan kita kena berusaha bagi mencapai matlamat itu," ujarnya.

David melahirkan wawasannya itu terhadap Adnan Sempit 2 lakonan Shaheizy Sam berdasarkan sambutan filem Adnan Sempit yang berjaya mengaut kutipan tiket lebih RM7 juta sewaktu ia ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara pada tahun lalu.

David yang ditemui pada majlis pelancaran dan doa selamat filem ke-64 terbitan MIG berjudul Super Duper Lover berkata, dia akan melakukan pelbagai strategi termasuk mempromosikan filem itu lebih awal di Internet, media cetak dan elektronik sebelum ia menemui para penonton di pawagam.

"Saya yakin Adnan Sempit 2 mampu mencapai matlamat saya kalau betul cara promosi, strategi dan nasib untuk filem ini. Dulu pun saya hanya berani mensasarkan filem Jangan Pandang Belakang boleh mengutip sekitar RM6 juta sahaja.

"Tetapi saya agak terkejut apabila filem itu akhirnya berjaya mencecah kutipan tiket RM7.9 juta. Ditambah lagi dengan bilangan pawagam dan penonton yang hampir mencecah sejuta orang, saya yakin angka itu tidak mustahil untuk dicapai," katanya.

Pada majlis pelancaran filem Super Duper Lover arahan Ahmad Rusli Mohd. Khadri atau lebih dikenali sebagai Ollynn, David memperkenalkan para pelakonnya yang kebanyakannya terdiri daripada muka-muka baru dalam bidang lakonan tanah air seperti Aeril Zafrel.

Jelas David, dia menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap para pelakon baru dalam filem itu yang mula menjalani penggambaran sejak 15 September itu kerana mahu membuka lebih peluang kepada mereka menonjolkan bakat masing-masing dalam bidang tersebut.

"Saya anggap ini sebagai modal pembangunan insan kerana saya tidak boleh terlalu bergantung kepada pelakon yang sedia ada seperti Lisa Surihani atau Yana Samsudin. Saya kena melahirkan lebih ramai pelakon baru. Kalau tidak saya takut para penonton nanti akan bosan kerana hanya menampilkan muka-muka yang sama sahaja.

"Saya yakin dengan bakat mereka kerana melalui kaji selidik terhadap 106 orang kakitangan saya yang kebanyakkan mereka berusia 25 tahun ke bawah dan mewakili generasi hari ini.

"Apatah lagi, sebelum ini Ollynn juga pernah mengarahkan filem pertamanya bertajuk X. Biarpun belum ditayangkan kebanyakkan kakitangan saya menyukainya selepas menonton filem itu," jelasnya yang telah 10 tahun menerbitkan filem pelbagai genre di bawah MIG.

Selain Aeril Zafrel yang melakonkan watak Mukhlis dalam Super Duper Lover, bintang-bintang baru yang turut ditonjolkan antaranya Nuremy Ramli (Murni), Fezrul Khan (Iqwal), Shima Anuar (Zizi), Elmy Moin (Ayim) dan Mon Ryanti (Stacy).

Aeril yang ditemui pada majlis itu berasa terharu kerana kepercayaan yang telah diberikan oleh David bagi menggalas watak utama dalam filem genre komedi romantik tersebut.

"Sebagai pendatang baru dalam bidang lakonan saya tidak memilih watak yang ditawarkan. Tetapi apabila ditawarkan watak utama dalam filem ini saya berjanji akan memikul tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya.

"Apatah lagi, sebelum ini saya pernah berlakon dalam filem Aku Tak Bodoh, Cinta Kura-Kura dan 7 Petala Cinta, maka saya akan gunakan pengalaman berlakon sebagai watak tambahan dalam tiga filem itu dalam Super Duper Lover," katanya penuh optimis.

Sementara itu, Ollynn yang diamanahkan mengarah Super Duper Lover juga berterima kasih kepada David yang berani memberikan tanggungjawab itu kepadanya.

Menurut pengarah berusia 32 tahun dan lebih cenderung mengarahkan drama televisyen berkata, pendedahan selama enam tahun bekerja sebagai pengarah seni di MIG menambahkan lagi keyakinannya menerima cabaran tersebut.

"Sebenarnya David telah menawarkan saya mengarahkan filem sejak dua tahun lalu tetapi saya belum bersedia ketika itu. Apatah lagi, sewaktu tawaran itu, saya sedang sibuk mengarahkan drama," tuturnya.

Antara drama arahan Ollynn berjudul Ku Sangka Dua Rupanya Tiga, Korban Kasih Abah, Diari Suami Sembilan Bulan, Balik Kampung dan Saya Tahu Apa Awak Buat Raya Lalu yang kebanyakkannya menampilkan genre komedi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.