saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 21/09/2011

Tuduhan tak berasas: UMNO PP akan saman Guan Eng

21/09/2011 8:03pm

GEORGETOWN 21 Sept – UMNO Pulau Pinang akan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas tempoh yang diberikan kepada beliau untuk memohon maaf kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap UMNO tamat.

"Kami telah memberikan masa kepada Guan Eng, namun beliau gagal berbuat demikian malah dia berlagak dan sombong kerana enggan memohon maaf.

“Oleh demikian, kami tidak teragak-agak untuk membawa kes itu ke mahkamah,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Kolej Island Teknologi di sini hari ini.

Rabu lepas, UMNO negeri menghantar notis tuntutan ke pejabat Lim di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kerana dikatakan menuduh UMNO Pulau Pinang mendalangi demonstrasi di luar pejabatnya dan di Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai dan percubaan membakar pejabat DAP Pulau Pinang pada 17 Ogos.

Notis berkenaan menuntut Guan Eng supaya memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.