saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/09/2011

Zam akan hasilkan memoir kewartawanan

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menjadi Karyawan Tamu pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menghasilkan sebuah memoir yang menceritakan perjalanan hidupnya dalam dunia kewartawanan.

Menurut Zainuddin, beliau kini dalam perancangan untuk menghasilkan memoir tersebut supaya dapat dikongsikan bersama generasi muda di negara ini.

"Semasa menjadi Karyawan Tamu lebih dari setahun sebelum ini, saya lebih banyak menyampaikan syarahan kepada warga UUM, penulisan buku belum pun bermula.

"Jadi, sekarang ini baru saya komited dan berpeluang untuk menulis buku mengenai diri saya sepanjang menjadi wartawan akhbar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima watikah pelantikan Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) UUM, di sini semalam.

Watikah tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan turut dihadiri oleh Pengarah IPDM, Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz.

Zainuddin yang juga Tokoh Wartawan Negara 2006 bersama Ahli Dewan Negara, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin dilantik semula jawatan tersebut selama dua tahun.

Bekas pegawai kanan kerajaan negeri Kedah, Datuk Dr. Mohd. Shariff Abu Samah turut dilantik menjadi Karyawan Tamu ketiga IPDM.

Sementara itu, Mohamed Mustafa berkata, pelantikan ketiga-tiga tokoh tersebut sebagai Karyawan Tamu adalah untuk membolehkan pengalaman dan rekod kejayaan mereka dirakamkan.

"Salah satu peranan universiti ialah melakukan dokumentasi bahan-bahan sejarah. Jadi, kita mahu pengalaman mereka dapat dikongsi bersama generasi akan datang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.