saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 22/09/2011

Kerajaan Perak tidak terlibat program Miss Bikini

22/09/2011 6:45pm

IPOH 22 Sept. - Kerajaan Negeri Perak tidak terlibat dengan penganjuran program “Miss Bikini” yang akan diadakan di Pangkor Island Beach Resort (PIBR) di Pulau Pangkor pada 7 dan 8 Oktober ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri Perak, Datuk Hamidah Osman.

Beliau berkata, arahan juga telah dikeluarkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Manjung supaya mengambil tindakan kerana difahamkan penganjuran itu tidak mendapat kebenaran.

"Sebagai langkah awal, kerajaan negeri akan meminta laporan terperinci daripada PBT mengenai penganjuran aktiviti yang memberi impak negatif termasuk memalukan negara selain memantau aktiviti tersebut.

“Walaupun ia dianjurkan pihak swasta namun pihak kerajaan negeri memandang serius kerana ia bukanlah sesuatu yang mencerminkan adat ketimuran malah telah mencemarkan imej negara yang berpegang teguh kepada budaya dan adat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hamidah berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang membangkitkan isu berkenaan.

Semalam, PIBR dilaporkan menjelaskan bahawa program berkenaan tidak melibatkan sebarang pertandingan dan diadakan sebagai promosi produk pakaian pantai oleh dua buah syarikat pereka fesyen.

Sambil berjanji untuk memastikan acara itu tidak melampaui batas budaya timur, PIBR dalam kenyataan itu juga menjelaskan model terlibat adalah peragawati dan peragawan profesional dari luar negara yang merupakan sebahagian daripada program ”Full Moon Beach Party” (Pesta Pantai Bulan Mengambang). - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.