saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/09/2011

Ibu Zainal Abidin Osman meninggal akibat sakit tua

26/09/2011 1:06pm

NIBONG TEBAL 26 Sept Ibu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman meninggal dunia akibat sakit tua di Kampung Sungai Setar Kecil, di sini malam tadi.

Zainal Abidin berkata, ibunya Allahyarham Chick Ismail, 83, meninggal dunia pada 10.50 malam di rumah mereka selepas sakit sejak enam tahun lepas.

"Allahyarham sakit tua sejak enam tahun lepas bagaimanapun masih boleh berjalan, tetapi sejak dua bulan lepas, sakitnya makin teruk, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ibunya seorang yang penyayang meninggalkan ayahnya Osman Md Isa, 90, dan 11 anak serta 86 cucu termasuk menantu.

"Saya dan adik-beradik lain termasuk ayah berada di sisi ibu ketika beliau menghembuskan nafas terakhir, katanya.

Zainal Abidin berkata, jenazah ibunya disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan pada 11 pagi. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.