saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 27/09/2011

Harga rumah baharu meningkat 20 peratus

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Harga kediaman yang bakal dilancarkan pada separuh kedua 2011 dijangka meningkat sebanyak 20 peratus, menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Presidennya, Datuk Seri Michael K.C. Yam berkata, peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan harga bahan mentah binaan serta kekurangan tenaga kerja.

''Perkara tersebut tidak membantu pemaju hartanah kerana melalui kaji selidik tersebut kami dapati kebanyakan pembeli mencari rumah murah walaupun di kawasan bandar yang tanahnya kurang dan kos adalah tinggi.

''Ia meletakkan pemaju hartanah dalam keadaan sukar untuk mengehadkan kos untuk memenuhi permintaan pasaran dan pada masa yang sama menguruskan kenaikan kos bahan mentah,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai prestasi hartanah pada separuh pertama tahun ini dan tinjauan hadapan bagi separuh kedua 2011 serta awal 2012, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Rehda Cawangan Kuala Lumpur, NK Tong dan Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd. (RAM), Dr. Yeah Kim Leng.

Tambah Yam, 47 peratus responden merancang untuk menaikkan harga rumah yang bakal dilancarkan syarikat mereka.

''Bagi separuh kedua tahun ini, 61 peratus responden merancang melancarkan projek pembangunan hartanah mereka yang menunjukkan sentimen positif dengan purata 150 buah kediaman akan dibina untuk setiap pemaju.

''Melalui kaji selidik itu juga, ahli-ahli kami lebih memahami pasaran mereka dan telah berjaya mentafsirkan tempahan diterima kepada jualan,'' jelasnya.

Beliau berkata, pasaran hartanah tempatan masih lagi bergantung kepada pasaran domestik berbanding pembeli asing yang hanya sebanyak empat peratus.

Sementara itu, kajian itu mendedahkan, Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan kerajaan pada Mac lalu, masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana ketiadaan mekanisme dan ramai tidak mempunyai maklumat lanjut, kadar faedah tinggi serta kesukaran mendapatkan pinjaman.

Secara keseluruhannya, bagi 2012, Yam berkata, pasaran hartanah negara adalah optimistik tetapi dijangka berhati-hati kerana mungkin berlaku perubahan polisi yang bakal diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.