saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 29/09/2011

Penuntut UiTM maut

MACHANG 28 Sept. - Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di Machang lemas ketika berkelah di Pusat Perkelahan Jeram Linang di sini, tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, mangsa, Noor Hasnizawati Othman, 18, berasal dari Taman Puteri Lindungan, Ipoh, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Machang (HM).

Rakan mangsa, Nor Aina Abd. Muaz,18, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa serta 11 lagi rakan pergi ke kawasan perkelahan itu dengan menggunakan van universiti berkenaan.

"Ketika sampai, rakan-rakan yang lain duduk di tepi jeram, manakala saya dan mangsa yang juga pelajar tahun satu Diploma Pengurusan Maklumat terus terjun ke dalam jeram untuk mandi. Tiba-tiba kaki kami tidak sampai ke bawah.

"Ketika itu keadaan jadi kelam-kabut kerana kami panik. Saya sempat berpaut pada batu. Noor Hasnizawati menarik baju dan tudung saya, tetapi terus hilang. Saya kemudian dapat naik dan meminta bantuan daripada orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nor Aina berkata, seorang pengunjung di kawasan itu terjun ke dalam jeram dan terus membawa mangsa naik ke atas.

"Selepas diberikan bantuan pernafasan, Noor Hasnizawati tidak memberi sebarang maklum balas sebelum salah seorang daripada kami membawanya ke hospital.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sana," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa telah dibedah siasat dan jenazahnya telah dibawa pulang ke kampungnya oleh keluarganya lewat petang tadi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.