saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 29/09/2011

Keterujaan apabila hamil

MASIH jelas terbayang keterujaan ketika kali pertama disahkan mengandung. Tidak sabar rasanya hendak menghebahkan berita tersebut dengan orang lain sambil berteriak: “Saya sudah mengandung!”

Ketika itu fikiran sudah pergi jauh dengan merangka-rangak untuk mula membeli-belah baju atau pakaian mengandung walaupun belum nampak sebarang perubahan pada bentuk badan.

Tapi bila sebenarnya anda kelihatan seperti ibu mengandung?

Biasanya wanita yang mengandung buat kali pertama tidak begitu ketara pembesaran perutnya dan perubahan bentuk badannya.

Hanya apabila kandungan memasuki semester kedua baru nampak ada ciri-ciri ibu mengandung.

Nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada kandungan pertama?

Pada minggu ke-8 uterus anda hanya membesar kira-kira sebesar buah lemon.

Dalam minggu ke-14 pula anda mungkin sudah mula memakai seluar yang longgar atau pinggang yang boleh dilaras.

Percayalah walaupun kandungan anda telah mencecah empat atau lima bulan, anda sebenarnya masih boleh memakai pakaian biasa.

Memang semua wanita mempunyai keistimewaan masing-masing.

Jika anda bersaiz badan besar, anda mungkin tidak memerlukan baju mengandung hinggalah penghujung proses mengandung.

Tapi bagi wanita yang bertubuh langsing pasti ada satu perasaan tidak sabar-sabar untuk memakai baju mengandung sebagai tanda berkongsi kegembiraan yang dirasainya.

Sudah tentu perkataan yang paling sedap didengar ialah: “Awak mengandung?”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.