saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/09/2011

7,282 graduan terima ijazah, diploma UPM


PENERIMA anugerah (dari kiri) Megat Marwan Megat Nizar, Low Wei Han, Ong Ban Shui, Wong Yee May, Khairul Na'im Ya'akub, Nurdiyana Mohamad Tahir dan Elmy Talip bersama Dr. Radin Umar Radin Sohadi di UPM, Serdang, semalam.


SERDANG 29 Sept. - Seramai 7,282 graduan akan menerima ijazah dan diploma masing-masing sempena Majlis Konvokesyen Ke-35 Universiti Putra Malaysia (UPM) mulai 15 hingga 19 Oktober ini.

Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, mereka terdiri daripada 351 penerima ijazah doktor falsafah (PhD), 1,791 sarjana (master), 4,742 bacelor dan 398 penerima diploma.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau memberitahu, majlis akan berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Katanya, Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengurniakan ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana (master), bacelor dan diploma pada sesi pertama 15 Oktober dan sesi ketiga 16 Oktober.

Beliau berkata, majlis pengurniaan ijazah sebanyak sembilan sesi selama lima hari itu akan turut disempurnakan oleh tiga Pro Canselor iaitu Tan Sri Dr. Nayan Ariffin, Tan Sri Lim Ah Lek dan Tan Sri Rozali Ismail.

Tuanku Canselor juga berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang anugerah peringkat universiti iaitu Pingat Emas Canselor kepada Ng Kit Lin dan Anugerah Pelajaran Diraja kategori bumiputera kepada Elmy Talip dan bagi bukan bumiputera, Ong Ban Shui.

Dr. Radin berkata, pingat lain universiti yang disampaikan baginda ialah Pingat Emas Alumni kepada Megat Marwan Megat Nizar, Pingat Emas Yayasan Pak Rashid kepada Khairul Na'im Ya'akub, Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba kepada Wong Yee May, Hadiah Putra Agribio kepada Low Wei Han dan Hadiah Syed Kechik kepada Nurdiyana Mohamad Tahir (Doktor Perubatan Veterinar).

Beliau juga berkata, terdapat tiga program sulung pelajar yang akan menamatkan pengajian tahun ini iaitu program Bacelor Pertanian (Akuakultur) seramai 39 orang, Master Keselamatan Proses dan Pencegahan (1) dan Sarjana Teknologi dan Industri Kayu (5).

Sementara itu, beliau berkata, UPM mencatatkan peningkatan sebanyak 27 peratus pendaftaran pelajar baharu siswazah apabila seramai 2,077 pelajar program master dan PhD mendaftar pada semester pertama 2011/2012 hari ini.

"Jumlah pelajar tempatan yang mendaftar program PhD telah meningkat 51 peratus iaitu 297 pelajar berbanding 196 pada tahun lalu," katanya pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu Siswazah.

Katanya, terdapat peningkatan ketara pelajar antarabangsa yang mengambil program master sebanyak 105 peratus iaitu 401 pelajar berbanding 195 pada tahun lalu.

"Peningkatan ini menunjukkan jenama pengajian pasca siswazah UPM semakin mendapat perhatian pelajar antarabangsa, selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa dan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.