saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/09/2011

Pemuda UMNO gesa perhalusi had umur bersara

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa kerajaan memperhalusi sebarang tindakan sebelum menggubal keputusan berkaitan had umur persaraan kakitangan swasta.

Pengerusinya, Nazir Hussin Akhtar Hussin (gambar) berkata, cadangan melanjutkan usia persaraan telah mengundang pelbagai maklum balas terutamanya dalam kalangan golongan muda yang khuatir sekiranya pandangan itu dilaksanakan.

"Ini kerana transformasi yang akan dilaksanakan kerajaan dalam memacu negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi sedikit terganggu sekiranya pasaran kerja terhad yang akan meningkatkan pengangguran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia supaya umur persaraan dilanjutkan dari 55 ke 60 dan sekiranya perlu kepada empat tahun lagi berdasarkan jangka hayat rakyat di negara ini iaitu 70 (lelaki) dan 76 ( wanita).

"Bagi Sekretariat Pekerja Muda, perkara ini mempunyai pro dan kontra dan perlu melihat juga peluang kepada graduan lepasan IPT yang masih menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan," katanya.

Justeru, beliau berharap agar kerajaan dapat memberi keputusan yang tepat dalam penetapan had umur pekerja swasta supaya ia tidak membebankan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, sekretariat mencadangkan agar penetapan had umur persaraan wajib kakitangan swasta dan kerajaan diselaraskan, mungkin ditingkatkan sedikit daripada sebelum ini kepada 58 atau 60 tahun dalam usaha membantu meringankan beban dan tanggungan golongan pekerja selepas bersara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.