saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 01/10/2011

Asian PAC jana pendapatan berulang

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Pemaju harta, Asian PAC Holdings Bhd., menjangka projeknya, KK Times Square, di Kota Kinabalu, Sabah, yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.3 bilion, akan menjana pendapatan berulang yang kukuh.

Pengerusinya, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata projek itu yang terdiri daripada The Mall KK Times Square dan The Loft KK Times Square, dijangka menjadi paling menonjol di bandar raya Kota Kinabalu.

"Mall yang akan disewakan itu, dijangka menjana pendapatan sewaan sebanyak lebih RM40 juta setahun.

"Operasi parkir kereta yang merangkumi parkir mall itu, akan menyumbang lima hingga 10 peratus pendapatan kumpulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, Megat Najmuddin berkata projek itu dijangka siap lewat 2013.

The Loft, sebuah kondominium kediaman perkhidmatan mewah, mengandungi lima blok yang blok A, B dan E telah dilancarkan dengan 30 peratus telah dijual, katanya sambil menambah bahawa menjelang November, syarikat itu akan melancarkan blok D dan dalam suku pertama tahun depan, blok E.

Beliau berkata, syarikat itu mempunyai rekod tidak pernah melengahkan penyiapan projek-projek yang dilaksanakannya.

"Sejak lima tahun lepas, projek kami sentiasa siap awal dan akan cuba mengekalkan rekod itu," katanya pada satu taklimat media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini hari ini.

Keuntungan sebelum cukai Asian PAC bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2011 susut kepada RM8.1 juta daripada RM27.7 juta tahun lepas.

Pendapatannya merosot kepada RM36.5 juta daripada RM101.6 juta sebelumnya.

Megat Najmuddin berkata prestasi yang tidak begitu menggalakkan itu disebabkan oleh kelulusan yang lewat daripada pihak berkuasa bagi tiga projek utamanya di Kepong, Johor dan Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, kata beliau, syarikat itu yakin prestasi tahun depan akan jauh lebih baik.

Kata beliau, syarikat yang disenaraikan dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia tersebut, akan memberikan tumpuan kepada pembelian tanah di Lembah Klang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu bagi pembangunan harta. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.