saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/10/2011

Pensyarah berjiwa seniman


Suzlee Ibrahim bersama salah satu karyanya yang dipamerkan sempena Fusion of Passion di Galeri Petronas, Kuala Lumpur.


MEMILIKI dua kerjaya dalam satu-satu masa bukanlah suatu yang mudah namun ia akan jadi lebih senang jika kedua-duanya saling berkait dan membabitkan bidang yang diminati.

Kelebihan tersebut menjadi milik Suzlee Ibrahim, yang melakukan dua kerja iaitu sebagai pensyarah dan pada masa memenuhi kecintaan terhadap dunia lukisan.

Pernah berkhidmat sebagai pensyarah secara sambilan dan sepenuh masa di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari tahun 1993 hingga 2009 sebelum bertukar ke Fakulti Seni Halus di Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (ASWARA) sejak November lalu, bagi Suzlee dunia akademik tidak pernah mematikan minatnya dalam seni lukisan.

Malah terbaru beliau tampil dalam pameran lukisan Fusion of Passion yang diadakan di Galeri Petronas (KLCC), Kuala Lumpur.

Apa yang menariknya pada pameran itu, hanya tiga karya berharga beliau dipamerkan kepada peminat seni visual tanah air.

Catatan berpandukan pengamatan

Bercakap mengenai karya tersebut, catatan warna ekspresi Suzlee nyata memukau pengunjung berpandukan pengamatan alam sekitar.

Dalam pameran tersebut, beliau mempamerkan karya abstrak bertajuk Lagu Tasik Chini, Lagu Untuk Kekasih dan Nyayian Senja yang dihasilkan dengan menggunakan warna-warna alam seperti biru, hijau, kuning, hitam dan lain-lain.

Menurutnya, karya-karya itu dilukisnya berdasarkan keadaan semasa yang mengupas isu-isu permasalahan alam sekitar dan global.

Bercakap mengenai karyanya itu, Suzlee berkata, sepanjang melukis, keadaan alam sekitar kita sentiasa berbeza begitu juga dengan lakaran-lakarannya yang berpandukan pengamatan pada alam sekeliling seperti landskap, seni bina, aktiviti manusia dan budaya setempat.

Beliau berkata, keadaan persekitaran memberi inspirasi untuk nya memindahkan visual yang dilihat ke warna mengikut emosi.

“Dalam ketiga-tiga karya itu, saya berikan fokus terhadap mencintai negara kita agar kita hidup lebih berharmoni.

“Malaysia umpama kekasih buat rakyatnya sebab itu kita kena jaga perpaduan di kalangan bangsa yang berbilang kaum selain saling hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya yang juga pernah menjadi pensyarah pelawat ‘Program Seni Budaya’, Pusat Perkembangan Profesional INTAN pada 2010.

Melihat kepada karyanya itu, kepekaan deria visual yang diluahkan Suzlee dalam bentuk emosi banyak bergantung kepada pemilihan warna ke dada kanvas.

Secara fizikalnya, karya tersebut bersimbolik dengan unsur-unsur patriotik namun hasil yang lebih spontan menampakkan ketiga-tiga karyanya itu lebih bersahaja.

Tidak dinafikan Suzlee sememangnya mahir dengan menghasilkan komposisi calitan yang menarik biarpun tiada imej yang dikenali sama sekali.

Sebelum ini karya-karya beliau pernah dipamerkan di United Kingdom, Amerika Syarikat, Denmark, Jerman, Perancis, Belgium, Itali, Brazil, Cuba, Sepanyol, Kanada, China, Jepun, Argentina, Greece, Poland, Arab Saudi, Australia, Bangladesh dan Nepal.

Menggunakan media akrilik dan cat minyak yang penuh dengan garisan gestural yang terhasil daripada pelbagai eksperimen dan bahan, Suzlee Ibrahim bakal kembali dengan pameran solo terbarunya pada November ini depan.

Pameran solo kali ke-19 itu bakal diadakan di Pusat Penerangan Pelancongan (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam pameran tersebut, beliau akan mempamerkan karya bersiri Air Terjun.

“Bagi saya, air terjun mempunyai penonjolan yang tersendiri dan ketika saya melihatnya saya seolah-olah menunjukkan kuasa dan kekuatan air yang deras.

“Selain itu, kawasan air terjun juga sesuai untuk dihayati kerana ia boleh merehatkan minda seseorang individu.” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.