saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/10/2011

BM tetap bahasa pengantar di sekolah


MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan pelajar OKU Universiti Putra Malaysia, Suhazli Mohamad yang mengambil jurusan sains Komputer selepas solat Jumaat di Masjid UPM, Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan tidak akan mewujudkan sekolah aliran bahasa Inggeris kecuali berlaku perubahan pada Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara.

Menurut beliau, akta dan dasar tersebut secara jelas menyebut bahawa bahasa pengantar di sekolah kebangsaan adalah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

Justeru katanya, sebagai Menteri Pelajaran, adalah menjadi tanggungjawab beliau melaksanakan sebarang dasar berasaskan pada akta dan dasar tersebut biarpun terdapat permintaan daripada pihak tertentu khususnya ibu bapa untuk mewujudkan sekolah aliran Inggeris.

“Tidak mungkin akan wujud sekolah aliran bahasa Inggeris kecuali ada perubahan dasar dan akta. Selagi akta tidak berubah, dasar itu kekal, maka tidak akan wujud sekolah aliran Inggeris.

“Swasta lain ceritalah. Swasta, bahasa Perancis pun boleh, apa pun boleh.

“Tetapi dalam aliran kebangsaan, ia adalah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia tetapi untuk sekolah jenis kebangsaan, kita setuju bahasa Cina dan Tamil,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat sini hari ini.

Terdahulu ketika sesi dialog bersama mahasiswa, Muhyiddin sekali lagi menegaskan mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ini kerana menurutnya, pelaksanaan PPSMI dalam tempoh enam tahun menunjukkan kesan negatif apabila sebahagian besar rakyat tidak memahami bahasa selain bahasa ibundanya.

Malah adalah penting kata beliau, untuk memberikan pendidikan di peringkat awal kepada kanak-kanak menggunakan bahasa yang mereka mudah fahami.

Perkara itu turut dipersetujui pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dihadirinya di Paris awal minggu ini.

“Sebab itu orang Cina nak sekolah Cina, orang India nak sekolah Tamil dan orang Melayu nak bahasa Melayu di sekolah kebangsaan kerana kita iktiraf dan di Sabah dan Sarawak, kita sudah mengizinkan mereka menggunakan bahasa ibunda Iban, Kadazan kerana itu yang mudah difahami. Pokoknya ilmu kalau kita ajar dengan bahasa yang susah difahami, sukar,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.