saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/10/2011

Singapura hampakan Selangor lagi


Zainal Abdidin Hassan dan P. Maniam meraikan gol veteran Selangor pada perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi. - BERNAMA


SHAH ALAM - Hasrat Pilihan Selangor untuk menghadiahkan trofi Piala Sultan Selangor sempena ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak kesampaian apabila tunduk 0-1 kepada Pilihan Singapura di Stadium Shah Alam, semalam.

Bertambah pedih, gol kemenangan Singapura diperolehi menerusi jaringan sendiri Mohd. Asraruddin Putra Omar yang tertanduk ke dalam gawang sendiri pada minit ke-65 selepas G. Jeevananthan gagal menumbuk bola dari kawasan bahaya.

Ini merupakan kekecewaan ketiga berturut-turut Selangor kepada Singapura, malah tahun lalu mereka dibelasah 6-0 dan pada 2009, mereka kalah 3-0 dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar.

Jika tidak kerana kecekapan Jeevananthan, penjaga gol pinjaman USM FC, Selangor mungkin sudah tewas dengan jaringan yang lebih besar, malah jentera serangan mereka juga menghampakan, terutama Safee Sali yang beraksi di bawah tahap sebenar.

Kemenangan ini membolehkan Singapura pulang bersama hadiah kemenangan RM50,000, pada ketika Selangor, yang turut membariskan dua pemain import bekas pemain Liverpool, Jason McAtee dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist sekadar meraih RM10,000.

Antara aksi hebat Jeevananthan ialah menyelamatkan dua percubaan berbahaya melalui Hafiz Rahim pada minit ke-35 serta menepis keluar bola rembatan jarak dekat Mohd. Isa Abdul Halim pada minit ke-63.

Biarpun melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan, Selangor buntu mendapatkan jaringan dengan beberapa percubaan terutama melalui ketua pasukan, Mohd. Amri Yahyah gagal menemui tindakan penyudah sambil kekebalan pertahanan Pilihan Singapura menjadi penghalang utama. Gol Amri pada minit ke-81 dibatalkan oleh pengadil kerana bola terkena tangan.

Sementara itu, pasukan veteran Selangor memberi sedikit keceriaan kepada penyokong Merah Kuing apabila mengalahkan Singapura 3-1 bagi mempertahankan kejuaraan.

Gol veteran Selangor dijaringkan oleh P. Maniam pada minit ketujuh, dan dua lagi gol menerusi Dollah Salleh pada minit ke-12 dan 39. Jaringan tunggal Singapura pula dihasilkan Abdullah Nor, di minit ke-16.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.