saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 03/10/2011

Azman nafi dakwaan Ruslan

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Ahli perniagaan, Datuk Mohamed Azman Yahya menafikan dakwaan, kononnya beliau menghadiri majlis makan malam bersama pemimpin kanan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 12 Ogos lalu yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui mengenai kewujudan majlis tersebut seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim dalam artikel bertajuk Kalimullah, Azman perlu jelaskan isu jumpa PAP dalam Mingguan Malaysia semalam.

"Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai majlis itu, bermakna saya juga tidak bertanggungjawab dan mempunyai sebarang peranan dalam pertemuan tersebut," kata Mohamed Azman dalam satu e-mel kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau juga menafikan dakwaan ada menghubungi Presiden Persatuan Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Mohd. Zaid Ibrahim dan meminta beliau menutup mulut dalam isu perjanjian pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby) dan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dengan Air Asia.

Ruslan semalam meminta penjelasan daripada Mohamed Azman dan Kalimullah Masheerul sama ada mereka menghadiri majlis makan malam bersama pemimpin pembangkang dan pemimpin kanan PAP itu kerana ia melibatkan kepentingan negara.

Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng juga sebelum ini juga pernah menggesa kedua-dua ahli perniagaan itu agar memohon maaf kepada dua pemimpin KITA kerana didakwa meminta mereka menutup mulut mengenai isu dua transaksi perniagaan berkaitan dengan mereka.

Mohamed Azman menjelaskan, beliau tidak pernah menghubungi Mohd. Zaid bagi menghalangnya daripada membuat sebarang kenyataan kepada media.

"Saya sendiri tertanya-tanya daripada sumber mana dakwaan itu boleh dibuat. Pokoknya, segala dakwaan dan tuduhan terhadap saya adalah tidak benar dan saya ingin menafikan semua dakwaan itu," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azman turut melahirkan kecewa terhadap Perkasa kerana pertubuhan bukan kerajaan itu tidak menghubunginya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan dakwaan tersebut.

"Saya kecewa dengan tindakan Perkasa kerana mereka tidak menghubungi saya, mahu pun Mohd. Zaid bagi bertanyakan kebenaran mengenai dakwaan-dakwaan itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.