saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/10/2011

Jawatankuasa Pilihan Khas dilulus

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini, diluluskan tanpa bantahan.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) mengingatkan pembangkang agar jangan bimbang jika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan lebih awal sebelum jawatankuasa tersebut selesai bersidang.

Ini kerana jelas beliau, sistem pilihan raya yang diguna pakai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mendokong prinsip demokrasi di negara ini adalah sistem yang berwibawa, bebas dan adil sehingga membolehkan pembangkang pun mencapai kemenangan.

Buktinya kata Mohamed Nazri, pada pilihan raya umum 2008, pembangkang menguasai 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain menawan empat buah negeri dan mengekalkan penguasaan di Kelantan serta memenangi lapan daripada 16 pilihan raya kecil.

"Kita tahu apa risiko, sebab itu saya nak sebut PRU Ke-13 ini bukan pilihan raya terakhir bagi Malaysia. Kalau sekiranya penambahbaikan ini tidak dapat dilaksanakan pada PRU Ke-13 kerana pilihan raya diadakan lebih cepat, ia akan dilaksanakan pada pilihan raya seterusnya.

"Tidak perlu susah hati kalau pilihan raya umum dibuat lebih awal. Bukan pembangkang yang kena jawab kepada rakyat, Perdana Menteri yang jawab," katanya ketika menggulung usul 81 (1), penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya itu, di sini hari ini.

Nazri mengulas komen wakil rakyat pembangkang antaranya Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang membangkitkan kekhuatiran kemungkinan PRU-13 diadakan sebelum jawatankuasa itu selesai bersidang.

Dalam hal ini, tegasnya, hak memanggil pilihan raya adalah kuasa mutlak Perdana Menteri yang menjadi amalan di mana-mana negara pengamal demokrasi dan tidak patut dipersoalkan.

Terdahulu, semasa membentangkan usul tersebut, Mohamed Nazri berkata, sistem pilihan raya negara yang diamalkan sejak sekian lama masih relevan dan perlu dikekalkan, tetapi SPR tidak menolak sebarang penambahbaikan yang selari dengan Perlembagaan.

Menurutnya, melalui penubuhan jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai sembilan ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga daripada pembangkang dan seorang wakil Bebas, ia akan melenyapkan segala tohmahan buruk ke atas SPR.

"Tempoh masa pelantikan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah selama enam bulan dan ia satu jangka masa yang munasabah tetapi jika keadaan memerlukan, tempoh tersebut boleh dilanjutkan. Ini bukti kerajaan mahu penambahbaikan ini dilakukan dengan segera.

"Jawatankuasa ini perlu mengkaji perkara yang akan memperkukuhkan SPR dan kemudiannya syor-syor tersebut akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.