saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/10/2011

Pelantikan sembilan anggota J/K Pilihan Khas disahkan

04/10/2011 11:54am

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang bermesyuarat hari ini mengesahkan pelantikan sembilan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Sembilan anggota yang dilantik itu terdiri daripada lima anggota Parlimen Barisan Nasional mewakili semua kaum terbesar termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (wakil bagi Sabah dan Kadazan) sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu.

Empat yang lain ialah Datuk Alexander Nanta Linggi (wakil bagi Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (wakil UMNO dan Melayu), Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (wakil MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P.

Kamalanathan (wakil MIC dan India).

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini turut mengesahkan pelantikan tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Pengarah Pilihan Raya Pas Dr. Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya DAP Anthony Loke.

Konsensus Bebas sepakat melantik Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong untuk mewakili mereka di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.