saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 06/10/2011

Pertubuhan IRM rai pelajar tahfiz, anak yatim


Zawahir Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Pertubuhan IRM kepada wakil maahad tahfiz al-taufiqiah di taiping, perak.


ADAT hidup bermasyarakat, ada golongan yang dikurniakan kemewahan dan ada juga yang diuji dengan kesusahan.

Pun begitu, umat Islam diperintahkan Allah agar sentiasa terdorong dan gemar berbuat baik serta mengasihi semua orang tanpa mengira keturunan, agama, darjat, kebudayaan dan warna kulit.

Tambahan pula, Islam menghendaki semua manusia hidup bersatu padu, penuh keakraban dan dalam suasana aman harmoni. Dengan perkataan lain, Islam sangat membenci kacau bilau, perpecahan, perbalahan dan pertumpahan darah sesama manusia.

Islam menyeru umatnya mengambil berat, memberi perhatian, berbuat baik, menyayangi dan prihatin terhadap golongan tidak bernasib baik yang memerlukan pembelaan demi menjalani kehidupan lebih bermakna.

Ia seperti mana firman Allah yang bermaksud: Berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta berbicara dengan kata yang baik. (al-Baqarah: 83).

Mereka yang berkelakuan baik terhadap golongan ini terhindar daripada sifat sombong dan mementingkan diri serta dipandang mulia oleh Allah seperti sabda Rasulullah bermaksud: "Berlaku rendah hati, duduklah bersama orang miskin, nescaya kalian menjadi pembesar Allah dan keluar daripada sifat sombong." Islam tidak menghendaki umat membeza golongan berada dengan fakir miskin.

Sabda baginda yang bermaksud: Seburuk-buruk makanan adalah makanan pesta (jamuan) yang mengundang orang kaya sahaja dan ditinggalkan orang fakir. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah uniknya Islam yang amat mementingkan perhubungan silaturrahim terjalin erat antara yang kaya dengan yang fakir bagi menghapuskan jurang pemisah antara orang susah dengan masyarakat, dapat hidup dengan baik, tidak rasa terhina dengan kesusahan yang terpaksa ditanggungnya.

Yang pasti, kedua-dua golongan itu (anak yatim dan fakir miskin) wajib disayangi sepenuh hati, apatah lagi kita baru sahaja meraikan Syawal yang meriah dengan amalan menjamu makanan kepada tetamu dalam acara rumah terbuka.

Lantaran dengan perhatian serta pembelaan terhadap orang susah, masyarakat dapat hidup bersatu padu, tidak ada sifat dengki mendengki dan beban kesusahan dapat diatasi secara baik lagi berhikmah.

Hidup kita akan terhormat, disegani dalam pergaulan, menambah teman dan mendapat rezeki daripada Allah. Inilah suasana hidup masyarakat yang diberkati dan diredai Allah.

Penuh bermakna

Sungguhpun Ramadan dan Syawal sudah berlalu, madrasah ilmu yang terbina pada dua bulan mulia itu wajar diteruskan agar segala galakan berbuat baik tidak hanya dilaksanakan secara bermusim.

Lantas itu, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia atau Pertubuhan IRM tampil membela nasib golongan yang kurang berkemampuan.

Jika sebelum ini program Kasih Ramadan diperkenalkan dan berjaya membantu golongan seumpama ini, namun bagi memberi keceriaan kepada golongan yang kurang berkemampuan, program Kasih Syawal diperkenalkan. Ia bagi meneruskan misi kemanusiaan membantu masyarakat terpinggir ini.

Baru-baru ini, Pertubuhan IRM berkunjung ke Taiping, Perak dengan misi meraikan kelompok anak-anak yatim dan miskin pelajar tahfiz di situ. Majlis ringkas tetapi penuh bermakna ini diadakan dengan kerjasama Restoran Pisang Emas, Padang Bola Tupai, Pokok Assam.

Majlis itu meraikan 120 anak yatim dari Madrasah Taufiqiah di Kampung Boyan, Maahad Tahfiz Wataalimun Quran Ar Rohimiyah, Asrama Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal NurQaseh dan Maahad Tahfiz Jebong di Matang. Turut diadakan, penyampaian sumbangan kepada rumah kebajikan tersebut.

Menurut pemilik Restoran Pisang Emas, Mohd. Saad Ismail, 46, usaha Pertubuhan IRM ini seharusnya dipuji kerana sanggup datang ke kawasan pedalaman iaitu di kawasan Pokok Assam bagi meraikan para pelajar tahfiz.

Beliau juga berterima kasih kepada Pertubuhan IRM kerana sudi bekerjasama menganjurkan program amal ini.

"Pada kebiasaannya, pihak kami hanya menghantar makanan ke rumah-rumah kebajikan di sekitar kawasan ini, namun dengan adanya kerjasama dengan Pertubuhan IRM, hajat kami untuk meraikan golongan ini dapat direalisasikan di tempat kami.

"Saya amat seronok dan puas apabila dapat menjamu mereka ini makan, itu saja usaha yang dapat saya lakukan bagi membantu mereka dengan menyediakan juadah masakan yang sedap," kata Mohd. Saad yang sudah 12 tahun menceburi bidang masakan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan IRM, Zawahir Abdullah pula berkata, pihaknya berterima kasih kepada pemilik Restoran Pisang Emas yang prihatin terhadap usaha-usaha kemanusiaan pada hari itu.

Beliau berharap, usaha itu sedikit sebanyak dapat menggembirakan anak-anak yatim dan miskin di kalangan pelajar tahfiz tersebut.

"Bagi kami, walau di mana juga sasaran kami dalam menghulurkan bantuan, kami akan cuba sebaik mungkin dalam menghulurkan bantuan yang diamanahkan.

"Program ini sekadar bantuan berbentuk pek makanan sahaja, tetapi juga menjadi titik permulaan bagi kami membuat penilaian jangka masa panjang bagi membimbing serta membantu membolehkan penerima manfaat ini untuk hidup berdikari," ujar Zawahir.

Pada masa yang sama, beliau menyeru orang ramai memberi sumbangan bagi meringankan beban golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan golongan kelainan upaya.

Maklumat lanjut boleh melayari laman web rasmi Pertubuhan IRM iaitu www.irmalaysia.org.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.