saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 06/10/2011

Irhamnie johan Festival Nasyid Melaka


Kumpulan Irhamnie (berdiri) menunjukkan piala juara keseluruhan Festival Nasyid Peringkat Negeri Melaka bersama kumpulan nasyid Puteri Imtiyaz di Masjid Al-Azim, Melaka, kelmarin.


MELAKA 5 Okt. - Kumpulan nasyid Irhamnie dari CTRM Aero Komposites, Batu Berendam di sini muncul juara keseluruhan terbaik Festival Nasyid Peringkat Negeri Melaka 2011 yang berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Irhamnie mewakili Melaka pada Festival Nasyid Kebangsaan akan datang selain turut membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil.

Irhamnie yang bertanding dalam kategori Nasyid Tradisi menduduki tempat pertama dengan jumlah markah keseluruhan 82 peratus menewaskan kumpulan nasyid Puteri Imtiyaz dari Klebang yang memperoleh markah 75.8 peratus.

Tempat ketiga adalah milik kumpulan Saidatul Anum dari Taman Seri Sempang, Merlimau, Jasin dengan markah 68 peratus.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,500 beserta sijil.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Nasyid, Datuk Yaakub Md. Amin dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Thamby Chik.

Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, pertandingan nasyid dilihat sebagai medium dakwah yang berkesan dalam menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat.

Menurutnya, program tersebut menjadi platform terbaik untuk mengimbangi pengisian jasmani dan rohani dalam dunia serba moden hari ini.

"Diharap generasi muda dapat menghayati kandungan bait-bait lagu nasyid yang mempunyai pedoman dan nasihat berguna dalam menjalani kehidupan mereka. Nasyid merupakan satu bentuk hiburan yang diharuskan berdasarkan mesej yang memberi input positif dalam membentuk jati diri yang kukuh," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.